Manga Shingeki no Kyojin atau lebih dikenali dengan nama Attack on titan dihasilkan oleh Hajime Isayama dan diadaptasi oleh studio Wit untuk musim pertama hingga 3 dan studio Mappa untuk musim ke-4. Baru-baru ini anime ini telah menjadi bualan orang ramai kerana bermula 7 Desember musim terakhirnya.
Persoalanya, best ke anime ni? sejujurnya anime ini tiada apa-apa daya tarikan kecuali aksi kerana ini adalah anime yang bertemakan ketenteraan. Itu adalah penilaian saya sendiri setelah membaca sinopsis dan menonton trailer tetapi tanggapan tersebut adalah salah sama sekali. Attack on titan adalah anime yang lain dari yang lain dan mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. Membaca sinopsis dan menonton trailer tidak boleh menjadi penanda aras bagi sebuah cerita terutamanya cerita yang menyimpan banyak 'plot twist' untuk disajikan kepada penonton.
Anime ini hanya memerlukan 2 episod pertama untuk mengikat seseorang supaya menghabiskannya hingga akhir. Sejak musim ke-2 lagi, saya telah diajak oleh rakan-rakan untuk menonton anime ini tetapi saya tidak rasa anime ni best. Saya adalah peminat cerita yang mempunyai jalan cerita yang berat seperti death note dan another tetapi kebanyakan cerita aksi mempunyai jalan cerita yang ringan dan hanya memfokuskan aksi seperti my hero academy tetapi attack on titan adalah sangat berbeza. Terdapat banyak 'plot hole' yang membuat penonton ternanti-nanti apakah kebenarannya. Selepas mencuba menonton anime ini, saya akui ini adalah anime yang sangat berkualiti dan mempunyai identiti tersendiri.
Untuk yang belum menonton anime ini, saya sangat mencadangkan supaya menonton anime ini. Jangan terus menilai dari sinopsis dan trailer. Kebanyakan orang review attack on titan juga tidak boleh menunjukan dengan jelas kualiti jalannya kerana takut memberi 'spoiler' kepada orang yang belum menonton. Banyak sangat 'plot twist' yang sangat membuat saya terkejut.
Banyak juga pengajaran yang tersirat di dalam anime ini. InshaAllah saya akan kongsikan selepas tamat anime ini.
Ulasan
Catat Ulasan