Ingat lagi, 15 ke 10 tahun lepas, selalu berkejar untuk menonton rancangan kegemaran di tv. Saya memang dalam 2 minit sebelum cerita tu mula dah bersedia depan tv tak nak terlepas apa-apa. Dulu mana ada tonton, iflix, viu, iqiq dan sebagainya. Kalau terlepas 1 episod tu memang terlepas teruslah. Nak keluar pun susah sebab kena set masa betul-betul. Belum cerita berebut tv lagi
Haih, penat zaman tuπͺ Lagi-lagi masa tu ada banya cerita best di tv. Saya banyak kali juga la tengok 2 channel tv dalam satu masa, pindah-pindah bila iklanπ kadang-kadang 3 channel. Lepas tu muncul astro dengan fungsi boleh record rancangan yang kita tahu tak sempat tengok tapi kalau yang terlepas memang tak boleh buat apa la dan astro tidak dimiliki oleh semua orang kerana mempunyai bayaran.
Namun, semuanya berubah bila kedatangan video on demand di internet. Cerita-cerita yang terlepas di tv boleh ditonton melalui internet sebaik sahaja selepas ditayangkan di tv seperti tonton dan myklik. Laman penstreaman juga menjadi semakin terkenal dan perlahan-lahan mula mempunyai sarikata pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.
Ketika permulaan, ramai orang yang menggunakan komputer atau telefon pintar untuk menonton tv di internet. Sekarang smart tv mula digunakan kebanyakan orang.
Namun harganya agak mahal dan tidak mampu dimiliki oleh semua orang.
Saya akan ajar berapa haluan untuk memiliki smart tv beserta dengan harga mengikut kemampuan masing-masing semahal RM3000 dan semurah RM50.
1. Membeli Android Tv
Ini adalah cara paling biasa dan mudah. Tal perlu pening, cuma beli dan guna sahajaπ Sesuai untuk orang berkejaya yang sibuk dengan urusan harian. Harganya juga mahal sekita RM2000 dan hanya mampu dimiliki golongan yang tertentu sahaja.
|
Android Tv |
2. Membeli Smart Tv
Sebelum munculnya android tv, smart tv yang terkenal dan menjadi pilihan ramai. Kini harganya sekitar RM1000. Kekuranganya dari android tv adalah tidak mempunyai play store dan biasanya hanya tersedia youtube, netflix dan amazon prime sahaja.
3. Memasang Android Box Mahal
Maksud saya adalah yang berharga sekitar 500 ke 600 ringgit.Ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan android tv yang berharga RM2000. Kekuranganya hanyalah perlu menghidupkan suis asing dan menggunakan remote yang berbeza dari remote yang digunakan untuk menonton tv biasa.
4. Memasang Cpu Murah
Saya sendiri mengambil haluan ini kerana bagi saya lebih jimat dan fleksibel. Harganya hanya sekitar RM300. Pastikan rem tidak kurang dari 2gb, prosesor tidak kurang dari i3, hard disk memadai hanya 100gb (ssd lagi bagus) dan support 1080. Itu sahaja dan ia sebenarnya lebih baik dari android tv yang berharga RM2000 tu tapinya agak banyak alatan tambahan yang diperlukan untuk menjadikanya lebih bagus.
5. Memasang Android Box Murah
Yang ni saya tidak galakan. Jika dinilai dari segi harga, sama sahaja dengan cpu yang saya sebutkan di atas. Kelebihanya hanyalah support 4k, surround audio, dan mesra pengguna. Kekuranganya pula akan kerap mengalami lagging dan banyak juga app yang dia tak support. Jika ingin memilih jalan ini juga, saya sarankan membeli jenama yang dinyakini seperti mi box dan unifi plus box. Jangan terpengaruh dengan mana-mana penjual yang menawarkan android box yang katanya canggih dan lengkap full channel astro dalam iptvnya. Ianya adalah satu cara yang salah kerana astro tidak pernah bekerjasama dengan mereka. Mi box dan unifi plus box sahaja yang diyakini bersih buat masa ni.
6. Memasang Android Stick
Haluan ini sesuai untuk golongan yang ingin memiliki android tv tetapi ingin menjaga dekorasi supaya kelihatan seperti menggunakan android tv yang mahal dan tidak terganggu dengan wayar yang banyak. Harganya hanya sekita RM100 ke RM200 sahaja. Tidak digalakkan install terlalu banyak app.
7. Memasang Dongle
Haluan ini sangat mesra pengguna tetapi kurang sistematik. Dongle membolehkan tv memaparkan apa yang terpapar pada telefon pintar kita. Hanya perlu cucuk dongle di port hdmi sama seperti android stick dan sambungkanya secara wireless dengan telefon. Harganya hanya sekitar RM50 sahaja. Jenama yang sedang terkenal adalah mira screen dan google cast.
π=Baik π=Sederhana π= Teruk
No.
|
Haluan
|
Harga
|
Kelajuan
|
Cara Guna
|
Kandungan
|
Permainan
|
DVD player
|
Ruang
|
Naik Taraf
|
1
|
Android tv
|
Mahalπ
|
Laju/ lambat bila beratπ
|
Mudahπ
|
Muat turunπ
|
Yang support (sedikit)π
|
Tiadaπ
|
Kemasπ
|
Update appπ
|
2
|
Smart tv
|
Sederhanaπ
|
Lajuπ
|
Sangat Mudahπ
|
Tersediaπ
|
Tersediaπ
|
Tiadaπ
|
Kemasπ
|
Tiadaπ
|
3
|
Android box mahal
|
Mahalπ
|
Laju/ lambat bila beratπ
|
Mudahπ
|
Muat turunπ
|
Yang support (sedikit)π
|
Tiadaπ
|
Kurang kemas
|
Update appπ
|
4
|
CPU
|
Sederhanaπ
|
Lajuπ
|
Mudah bagi yang biasa dengan komputerπ
|
Muat turun/
Fleksibel/
bebasπ
|
Muat turun (banyak)π
|
Adaπ
|
Kurang kemasπ
|
Naik taraf tanpa batasπ
|
5
|
Android box
|
Sederhanaπ
|
Cepat menjadi lambatπ
|
Mudahπ
|
Muat turunπ
|
Yang support (sedikit)π
|
Tiadaπ
|
Kurang Kemasπ
|
Update appπ
|
6
|
Android stick
|
Murahπ
|
Cepat menjadi lambatπ
|
Mudahπ
|
Muat turunπ
|
|
Tiadaπ
|
Kemasπ
|
Update appπ
|
7
|
Dongle
|
Murahπ
|
Bergantung pada telefonπ
|
Sangat mudahπ
|
Bergantung pada telefonπ
|
Bergantung pada telefonπ
|
Tiadaπ
|
Kemasπ
|
Bergantung pada telefonπ
|
Dulu kan ada jadual macam ni dalam peperiksaan bahasa InggerisπMudah sikit nak buat pilihan
Ulasan
Catat Ulasan