Happy Ending Hanya Untuk Penonton Buku Harian Baim

 

   
     Siapa yang tidak kenal dengan sinetron Indonesia yang pernah ditayangkan di tv9 pada tahun 2015 ini. Lagu temanya sedang menjadi trending di media sosial sekarang. Sebuah sinetron yang sangat sedih dan diselitkan dengan sedikit komedi untuk menarik minat penonton. Seperti yang saya pernah sebut semasa review Hi bye mama cerita sedih perlu ditambah sedikit komedi untuk membuat penonton lebih terkesan apabila babak sedih itu tiba keraa kenangan indah sudah dimasukan dalam ingatan penonton.

    Sebelum bahas tentang ending, saya akan beri sedikit review sebab mungkin ada yang sudah lupa dengan cerita ini. 

    Kisahnya tentang seorang budak yang bernama Baim menghidapi satu penyakit yang sangat serius iaitu Ataksia spinoserebelar (penyakit saraf yang disebabkan masalah pada otak). Dalam cerita ini, kita dapat lihat perjuang Baim disokong oleh orang-orang sekelilingya untuk melawan penyakit ini.

    Ramai yang berasa sedih menonton drama ini, ditambah pula dengan sokongan dari muzik latarnya yang sangat menyentuh hati. Lagunya mula menjadi trending di tiktok dan menyebabkan saya terasa ingin memberitahu kebenaran ini.

    Seperti yang kita tahu drama ini berakhir dengan penamat yang gembira. Ketika penyakit Baim semakin teruk, datang seorang doktor pakar yang mampu membantu Baim untuk mengatasi sakitnya. Selain itu, kakak kepada Baim yang pada mulanya sedikit jahat telah berubah menjadi baik, Doni dan Alia berkahwin semula dan hubungan Satria dan Oliv berjalan lancar. Di akhir cerita kita diperlihatkan Baim bersama ibu bapanya dan adiknya. Ianya kelihatan seperti happy ending namun ianya hanyalah perasaan penonton.

Creadit: umikasum

    Kita semua tahu sinetron Indoensia boleh mencapai beratus-ratus episod selagi cerita itu masih diminati ramai. Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa tentang totonannya tapi saya perasan yang drama ini telah diletakan plot hole untuk dikembangkan lagi ceritanya. Contohnya, doktor yang merawat Baim itu kehilangan anaknya ketika masih bayi pada waktu yang sama dengan Alia menemui Baim. Bagi saya endingnya akan kelam kabut kerana mengetepikan benda ni.

    Apa yang saya nak bagitahu adalah tentang penyakit yang Baim hidapi. Penyakitnya bernama Spinocerebellar Degeneration atau Ataksia spinocerebellar atau SCA. Boleh pergi baca sendiri mengenai penyakit itu, ia adalah penyakit yang belum ada ubat sehingga sekarang. 
Di akhir cerita, tidak disebutkan pun Baim telah sembuh dari penyakitnya. Dia hanya dapat melambatkan sedikit perkembangan penyakitnya. Penyakitn Ataksia spinoserebelar mempunyai beberapa jenis. Berdasarkan link yang saya beri, hanya ada 2 jenis sahaja yang mempunyai jangka hayat normal.  
Lebih tepatnya, Baim akan terus menderita melawan penyakitnya dibelakang kita. 

    Ada seorang pengarah pernah berkata, "cerita ibarat dunia yang yang dicipta penulis". Bila sebut dunia, maksudnya watak-watak dalam cerita itu akan terus jalani hidup mereka seperti biasa selepas episod akhir. Pernah kan kita baca dalam buku cerita ayat macam, Sinderela pun hidup bahagia bersama putera raja selamanya.... Itu bermaksud, selepas episod akhir watak-watak akan terus menjalankan hidup seperti biasa.

    Maaf jika saya buatkan korang menangis😂. Baim tidak sembuh dari penyakitnya dan dia akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar ketika berlawan dengan penyakitnya selepas episod akhir. Apa-apa pun, semua ini hanya berdasarkan kajian saya dari internet. Untuk kepastian boleh tanya orang yang lebih berpengetauhan seperti doktor dan penulis asal cerita buku harian baim.

Ulasan