Pengajaran Hi Bye Mama



Pengajaran

 Hi Bye Mama merupakan satu drama yang sarat dengan pengajaran. Saya akan menunjukan semua pengajaran yang terdapat dalam drama ini. Saya percaya, ada sesetengah babak yang mungkin tidak disedari atau diambil peduli oleh penonton.

    1. Kebanyakan manusia menyesal selepas mati kerana menghargai kehidupanya. Sebagai contoh, ada seorang perempuan yang rasa tidak selesa dengan orang-orang di tempat kerjanya yang tidak mempedulikannya. Masalah itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik atau hanya perlu berhenti kerja untuk lari dari masalah tetapi dia memilih jalan yang salah dengan membunuh diri dan akhirnya menyesal. 

Sebelum dia membunuh diri, dia tidak terfikir tindakanya akan membuat orang-orang sekelilingnya sedih.



    2. Harta tidak akan berguna lagi ketika sudah mati melainkan jika dimanfaatkan untuk kebaikan orang ramai. Dalam kalangan hantu-hantu yang menyesal itu, ada 2 orang yang mempunyai hubungan majikan dan pekerja. Mereka mempunyai taraf hidup yang berbeza tetapi semuanya berubah apabila mereka sudah mati. 

Majikan berasa kesunyian kerana tiada siapa yang melawatnya dan berasa menyesal kerana harta yang ditinggalkan menjadi rebutan anak-anaknya. 

Pekerjanya pula susah ketika hidupnya tetapi sentiasa menerima kunjungan keluarganya ketika sudah mati. Anaknya juga sudah besar dan bekerja. Sepanjang hidupnya dia banyak melakukan kebaikan kepada orang sekelilingnya. 

Ketika majikannya menyesali hidupnya, dia berterima kasih kepada majikannya kerana pernah membayar kos pembedahan kaki anaknya yang masih kecil pada ketika itu. Ini menunjukan harta tidak boleh dibawa ketika mati melainkan jika harta itu telah dimanfaatkan untuk kebaikan. 



    3. Menyalahkan diri dan tidak rela dengan pemergian seseorang boleh memudaratkan diri. Suami kepada Yu Ri adalah seorang pakar bedah. Selepas kematian Yu Ri, dia berasa sangat sedih dan menyalahkan dirinya sendiri. Dia juga mengalami trauma yang sangat teruk dengan bilik bedah yang menyebabkan tanganya menggeletar dan berasa sesak nafas jika lama berada dalam bilik bedah. 

Kembalinya Yu Ri telah memberi semangat kepada Guang Hwa untuk menjalani terapi dan cuba mengatasi traumanya, Yu Ri juga memberitahu supaya tidak menyalahkan dirinya kerana semua itu pilihanya. Yu Ri lebih mengutamakan bayi kandunganya semasa kematian dan tetap mengutamakan keadaan anaknya juga yang akan terus nampak hantu jika Yu Ri tidak pergi ke alam lain. 

Pemergian Yu Ri buat kali kedua adalah semasa Guang Hwa sudah bersedia menerima kenyataan dan tidak akan menyalahkan dirinya lagi. Selepas Yu Ri pergi, Guang Hwa kembali menjadi seorang pakar bedah dan tidak lagi meninggalkan bilik bedah.


    
    4. Tidak menilai orang dari luaranya. Isteri baru Guang Hwa bernama Oh Min Jung seorang yang kelihatan pendiam dan tidak banyak cakap. Pada awal cerita ini pasti kita menyangka Min Jung seorang yang sombong kerana sering meninggalkan ibu-ibu yang sedang memberi nasihat kepadanya tentang Seo Wo yang lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain dengan cara menyindir. 

Semasa itu, yeong iaitu kawan baik Yu Ri dan hantu Yu Ri yang tidak kelihatan selalu datang untuk memarahi makcik-makcik bawang itu. 

Sebenarnya Min Jung adalah perempuan yang sangat baik dan kebenaran ini dibuktikan oleh Yu Ri yang selalu melihatnya ketika menjadi hantu. Dia menjaga Guang Hwa dan Seo Wo dengan baik walaupun itu bukan anak kandungnya. Boleh dikatakan dia ni jadi watak kegemaran saya dalam cerita ini.

    5. Sikap lebih menyebelahi orang yang disayangi tidak kira siapa yang lebih patut disebelahi. Contohnya bila ada seorang yang melakukan kesalahan, pasti dia akan dibela oleh keluarganya dan pada masa yang sama dia akan dihina oleh orang-orang yang tidak mengenalinya. Biasanya situasi ini berlaku dalam keadaan tidak adil dan tiada pertimbangan. 

Dalam drama ini, Yeong sering menyuruh Yu Ri supaya lebih memikirkan dirinya dari orang lain untuk mengambil tempatnya dan hidup semula sedangkan Min Jung juga perlu menjadi isteri Guang Hwa dan ibu Seo Wo. Kenyataan yang sebenarnya juga Yu Ri telah pun mati dan sudah tiada keperluan untuk kembali hidup.

    6. Saya sangat suka melihat hubungan baik Min Jung dengan Yu Ri dan Yeong. Pada kebiasaannya mungkin Yu Ri sebagai isteri pertama Guang Hwa tidak suka kewujudan Min Jung dan Yeong pasti tidak suka kehadiran Min Jung yang menggantikan tempat kawan baiknya. Hal tersebut tidak berlaku malah Yeong yang menggalakan Guang Hwa supaya berkahwin semula kerana ingin Guang Hwa hilang traumanya. 

Yu Ri juga bersyukur seorang perempuan yang baik menjadi ibu kepada anaknya. Hubungan mereka menjadi bertambah baik sehingga Min Jung turut berasa sedih ketika Yu Ri memberitahunya tentang keperluan untuk Yu Ri ke alam seterusnya. 
Dia juga berharap Yu Ri boleh terus hidup kerana dia sangat selesa berkawan dengannya.



    7. Ibu bapa pasti sayangkan anaknya selamanya. Dalam drama ini, kita dapat lihat ibu kepada Yu Ri sentiasa mendoakan sejak dia mati 5 tahun lalu. Ketika Yu Ri kembali juga ibu bapanya sangat mengambil berat tentangnya sehingga berharap yang situasi itu akan kekal selamanya.

Yu Ri yang hidup kembali juga sangat mementingkan anaknya. Yu Ri ada beritahu Guang Hwa, jika dia boleh undurkan masa ketika dia kemalangan, dia tetap akan mengutamakan bayi kandunganya. Guang Hwa juga bersetuju tentang itu kerana Seo Wo juga sangat berharga baginya.

Min Jung yang bukan ibu kandung Seo Wo juga sangat menyayanginya hingga risau semasa Seo Wo hilang.





    Sudah 7 pengajaran yang saya terangkan. Mungkin masih ada lagi yang saya terlepas pandang, boleh la tinggalkan komen jika ada yang ingin menambah. 
Kesimpulannya, kita perlulah berbuat baik semasa hidup dan tidak melakukan kejahatan. Di akhir cerita Yu Ri juga ada menyebut soalan "adakah kamu berbuat baik semasa hidup". 
Kita juga tidak boleh terlalu menyalahkan diri dengan takdir yang telah ditentukan kerana rasa bersalah boleh memudaratkan diri. Kita juga perlu berfikiran terbuka dan tidak menilai seseorang dari luarnya.

Banyak pengajaran kan. Ambil semua benda baik untuk dicontoh dan tinggalkan perkara yang tidak baik. Begitulah cara mata lebah😘




Ulasan