Review Anohana

 



Disebabkan anime dan live actionnya mempunyai jalan cerita yang sama, jadi saya akan review dua-dua serentak.

Sinopsis: Ceritanya tentang 6 orang sahabat baik yang sangat rapat ketika mereka masih kecil tiba-tiba menjadi tidak rapat apabila memasuki sekolah menengah sejak terjadinya satu kemalangan yang tidak disangka semasa mereka bermain.

Seorang kawan mereka iaitu Menma telah terjatuh dari tempat yang tinggi dan terus meninggal dunia. Sebelum kejadian itu berlaku, Menma baru sahaja keluar meninggalkan rakan-rakanya yang terlebih gurau dari markas rahsia mereka. Beberapa orang rakanya menyimpan rasa bersalah dalam hati kerana kematianya terutamanya Jintan yang berubah menjadi orang yang malas dan selalu ponteng sekolah.

Suatu hari tiba-tiba Jintan ternampak hantu Menma. Dia ingin menghantar semula Menma ke alam lain dengan menyelesaikan apa yang ingin Menma buat semasa hidup tetapi keadaan sudah berbeza. Dia perlu menyakinkan rakan-rakannya sudah sekian lama berpisah untuk membantunya. 

Kehadiran semula Menma mengubah mereka semua.

Rating Pribadi: 8/10⭐

Review: Memang sedih tak boleh bawa bincang. Saya tak boleh la nak cerita semua di bahagian sinopsis sebab takut banyak spoiler. Bagi saya, movie live action lebih best dan sedih mungkin kerana cerita terus habis atau sebab tu yang saya  tonton dulu😂 Ye, saya tonton live action dulu baru animenya, jadi mungkin saya dah tahu cerita jadi anime dan kurang padu. 

Saya juga tidak tahu apa-apa maklumat termasuk sinopsis dan tidak menonton trailer sebelum menonton movie live action tersebut. Memang masa tengok tu feel habislah sebab tak ada spoiler langsung. Menangis betul masa tu😭 Tambah dengan lagu dia lagi... Masa ni la kali pertama saya menangis depan tv dengan air mata tak berhenti sampai cerita habis. Sebelum ni cuma sikit-sikit je.

Ada kawan saya yang kata anime lagi sedih berbanding live action tapi ada juga netizen yang kata live action lagi best. Semuanya bergantung pada citerasa masing-masing walaupun jalan ceritanya sama sahaja. 

Bagi peminat drama Korea yang baca ni, ceritanya ada banyak persamaan dengan drama Hi Bye Mama Bezanya Hi Bye Mama bertemakan kekeluargaan manakala Anohana bertemakan persahabatan. Watak Jintan seperti Guang Hwa yang sering Menyalahkan diri dan Menma seperti Yu Ri yang kembali untuk betulkan keadaan. Jadi kalau korang suka hi bye mama, korang akan suka anohana juga.


Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu apa nama bunga yang kita nampak pada hari itu...

Ulasan