Sinopsis: Cerita ini mengisahkan tentang Yu ri yang tiba hidup kembali setelah mati selama 5 tahun. Selama 5 tahun, dia hanya merayau menjadi hantu di dunia kerana ingin melihat keluarganya dan tindakannya itu telah mengakibatkan anaknya yang baru berusia 6 tahun terbuka hijabnya dan boleh melihat hantu kerana tenaga budak kecil lemah. Apabila dia hidup, dia ingin memulihkan anaknya dan dia juga tahu yang suaminya sentiasa perada dalam trauma dengan bilik bedah dan menyalahkan diri atas kematian isterinya pada masa yang sama dia tidak ingin orang-orang sekelilingnya tahu kewujudanya kerana tidak mahu orang sekelilingnya sedih apabila dia mati semula selepas 49 hari tambahan pula suaminya telah berkahwin dengan perempuan yang baik.
Ulasan: Cerita ini sangat-sangat best. Untuk episod pertama mungkin agak slow kerana episod pertama merupakan pengenalan watak-watak dan apa yang terjadi sebelum ini. Pada penghujung episod 1, bermula la kisah dimana Yu Ri berselisihan dengan keluarga baru suaminya dan menyedari suaminya juga boleh melihatnya. Bagi saya apa yang membuatkan cerita sedih mampu sampai pada hati penonton adalah jika diselitkan juga dengan komedi dan keakraban suatu watak dengan watak yang lain kerana ia mampu memberi kenangan yang bermakna kepada penonton sebelum babak sedih itu tiba. Dalam drama ni banyak juga komedinya dan hubungan antara watak-watak dalam ni menjadi sangat baik dari masa ke masa. Banyak episod yang sedih di dalam drama ini tapi yang paling sedih adalah episod akhir.😠Boleh cadangkan drama ini kepada keluarga atau kawan-kawan. Orang yang tidak layan drama korea juga boleh menerima drama ini.
Pastinya ada banyak hantu lain selain Yu Ri yang menyesal dengan kematian mereka. Ini menyebabkan cerita ini mempunyai banyak watak yang ada sejarah dan penyesalan masing-masing. Kewujudan mereka memberi banyak pengajaran kepada penonton iaitu kebanyakan orang yang telah mati akan menyesal dengan kesalahan yang mereka lakukan semasa hidup. Orang-orang yang ditinggalkan orang tersayang kerana kematian pasti akan menyesal jika tidak menghargai mereka semasa mereka masih hidup. Baca juga pengajaran dalam drama ini.
Kelopak bunga gugur tapi bunga kekal.
Baunya tinggal di dunia dan menyelubungi kenangan kita.
Sedih sangat cerita niðŸ˜
BalasPadam