Gabi Dan Sasha Trending
Ramai orang mula menunjukan rasa benci kepada Gabi iaitu orang telah melepaskan peluru pembunuh kepada Sasha. Tapi... adakah semua yang berlaku ini adalah salah gabi? Pada pendapat saya, ahli baru recon corp adalah yang paling bersalah dalam hal ini.
1. Memberi dendam kepada orang yang tidak tahu apa-apa seperti Gabi
Sudah jelas Gabi tidak tahu apa-apa dan merasa dia berada di pihak yang benar dan sangat sayangkan orang di sekelilingnya. Gabi tidak ubah seperti eren masa kecil yang melihat orang-orang terdekat mati di hadapannya. Andai Gabi terus membesar bersama Marley, mungkin dia akan jadi ganas seperti Eren. Tindakan Eren membantai semua orang termasuk orang yang tidak bersalah telah melahirkan dirinya yang baru iaitu Gabi. Dendam yang ada pada Gabi sangat kuat. Falco cuba menghentikan Gabi dengan memberitahu kebenaran yang telah disampaikan oleh Eren semasa di bawah tanah.
2. Kebodohan ahli Recon Corp yang baru
Selepas tahu kebenaran tentang titan dan mengenali musuh sebenar, recon corp kelihatan sangat-sangat hebat dan teliti dalam mengatur strategi. Mereka berjaya menumpaskan semua titan milik Marley. Masalah mereka adalah terlalu leka dengan kemenangan mereka. Sebenarnya, sejak kemunculan pertama Recon Corp dalam musim ke-4 saya sudah mula berminat dengan watak Jean yang sudah semakin matang. Dia, Mikasa dan Levi menunjukan rasa bersalah melihat orang yang tidak bersalah terkorban. Kesilapan ahli Recon Corp yang baru adalah bersorak di dalam kapal mereka sedangkan mereka masih lagi berada dalam kawasan musuh. Mereka juga beranggapan kematian 6 orang tentera mereka yang mati itu berbaloi dengan kejayaan mereka menyerang Marley untuk kali pertamanya. Jean sudah beritahu mereka supaya diam kerana dia terdengar sesuatu bunyi. Itulah punca mereka tidak menyedari kehadiran Gabi dan Falco.
Bagi saya Gabi hanyalah seorang budak yang tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku pada malam itu. Seperti yang kita tahu orang awam di tidak kisah Marley mahupun Eldia di situ tidak tahu-menahu tentang apa yang terjadi di pulau Paradis sejak tembok Maria (paling luar) sejak dipecahkan oleh titan mereka. Mereka juga tidak tahu tentang titan gila yang memakan manusia dan keadaan Recon Corp yang dari dulu pasti akan mati jika keluar dari tembok. Farco adalah seorang yang boleh berfikiran terbuka kerana dia merasa apa yang dikatakan oleh Eren adalah benar. Mungkin juga dia perasan yang Reiner kelihatan sangat berslah ketika melihat Eren. Sebenarnya, Balthod dan Annie juga kelihatan tidak ingin membunuh rakan-rakan mereka dan tidak mahu semua ini terjadi.
Ulasan
Catat Ulasan