Bagi mereka yang lahir pada zaman 80-an dan 90-an pasti sangat mengenali dan menggemari anime lagenda sepanjang zaman, dragon ball atau bahasa Melayunya mutiara naga. Bukan sahaja itu, yang lahir di awal 2000 juga masih ramai yang memilikinya. Sehingga ke hari ini, ceritanya masih lagi diteruskan.
Selepas bertahun berlalu pasti ramai penonton dari zaman 80-an dan 90-an sudah tidak mengikuti cerita ini. Akan tetapi aura semangatnya pasti masih dirasai apabila ada movie baru yang bertajuk dragon ball super: Broly.
Kepada penonton-penonton lama, saya amat mengalahkan untuk mengikuti semula mengikut urutan yang betul.
Dragon ball: Mengisahkan kehidupan goku yang masih kecil yang mengembara mencari mutiara naga dan menyertai pertandingan seni bela diri.
Dragon ball z: Mengisahkan kehidupan goku yang sudah dewasa dan berkeluarga mengetahui identiti sebenarnya sebagai Saiyan yang datang dari planet vegeta. Setakat ini, z mempunyai kisah yang terpanjang kerana kita dapat lihat Gohan (anak Goku) dari kecil yang banyak menangis sehingga berumur 16 tahun.
Semasa Saiyan saga, Gohan masih terlalu kecil
semasa Frieza saga, Gohan sudah besar sikit dan berkeyakinan untuk bertarung namun sering dikalahkan oleh musuh semasa di planet Namek.
Semasa Android saga dan Cell saga, Gohan sudah berumur 10 tahun dan memiliki kekuatan luar biasa mengatasi Goku dan Vegeta.
Semasa Buu saga, Gohan sudah berumur 16 tahun. Masa ini juga dia bertemu dengan bakal isterinya.
Dragon ball z kai: Sebenarnya sama sahaja dengan dragon ball z. Ia adalah dragon ball z yang dibuat semula dengan kualiti gambar dan audio yang lebih baik. Ceritanya juga 100% mengikut komik dan tidak ada ditokok tambah. Ini menjadikanya lebih pendek dari dragon ball z kerana dbz mempunyai banyak cerita tambahan yang diselitkan antara 5 saga yang saya nyatakan di atas tadi.
Dragon ball super: kisah tentang goku 10 tahun selepas kalahkan majin buu dalam dragon ball z. Masanya juga agak panjang kerana bermula dengan isteri Gohan (Videl) sedang mengandung sehinggalah bayi itu (Pan) boleh terbang walaupun masih hisap puting😂 Beberapa bulan selepas itu Bulma pula mengandung dan melahirkan anak ke-2 Vegeta (Bulla).
Dragon Ball Gt: Kisah tentang Goku yang dikelilingi kawan-kawanya sejak kecil seperti Krilin, Bulma dan Chichi yang sudah tua. Cucunya (Pan) juga sudah kaanak-kanak sama juga dengan anak kedua Vegeta(Bulla).
Saya menyusun cerita mengikut garis masa sebab tu saya nyatakan sekali umur anak-anak mereka supaya lebih jelas. Tapi bukan semua tu original cerita dragon ball. Hanya dragon ball, dragon ball z kai dan dragon ball super sahaja original. Dragon ball z tu pun original tapi bukan semua episod sebab ada episod yang ditambah. Nak senang tengok dragon ball z kai je.
Dragon ball gt pula memang bukan original cerita dari penulis. Ia hanya dibuat dengan pemantauan dari penulisnya. Dulu mana ada internet, mesti ramai yang menangis masa episod akhir dragon ball super di tv2 dulu sebab ingat itulah pengakhiran cerita dragon ball ditambah lagi dengan lagu dan dan kokoro tu kan, memang menusuk qalbu😠Tiba-tiba 2015 ada dragon ball super😂
Tak mustahil juga jika dbgt dirasmikan ceritanya oleh penulis asal tetapi selepas menonton db super yang berdasarkan garis masanya antara dbzkai dan dbgt, dbgt tidak akan boleh dikaitkan 100% dengan jalan cerita dragon ball sebab macam-macam telah jadi di dragon ball super dan kekuatan goku dan vegeta juga sudah melebihi kekuatan mereka semasa di dbgt.
Sebab tu dalam gambar di atas, selepas dbz dan dbzkai saya bahagikan 2 sambungan (super dan gt) kerana kedua-dua cerita itu tidak boleh dikaitkan. Andai suatu hari nanti penulis nak buat semula dbgt sebagai sambungan db super, banyak perubahan yang perlu dibuat supaya ceritanya boleh dikaitkan. Tidak semua yang berada di dbgt itu tidak berlaku, contohnya watak uub memang wujud dalam dragon ball kerana ditunjukan di ending dbzkai dan juga telah disebutkan dalam dragon ball super.
Ulasan
Catat Ulasan