Kecoh di media sosial 2 hari lepas tentang trailer baru sebuah animasi buatan studio Manga Production dari Arab Saudi. Saya memanggilnya anime Arab kerana ia mempunyai art style seperti anime dan menggunakan lukisan 2d. Selain itu, animasi ini juga dihasilkan dengan kerjasama Toei Animation. Memang anime pun la kiranya😂.
Toei Animation ni takkan tak kenal, mereka yang membuat anime dragon ball, one piece, digimon dan macam-macam lagi.
Anime ni cerita pasal sejarah lama Arab dengan menggunakan watak-watak Arab juga. Tiada penjelasan yang lebih terperinci tentang sinopsisnya.
Walaubagaimanapun, ada yang berpendapat itu adalah sejarah Arab sebelum kedatangan Islam. Kisah pasal Awas Bin Jubair. Ada juga yang berpendapat itu adalah semasa perang badar kerana ada orang yang sebut nama Jubair dalam trailer tersebut. Bahasa Jepun kan sebutannya lain sikit, mungkin Zubair sebenarnya. Zubair juga terlibat dalam perang badar tetapi yang disebut dalam trailer tersebut adalah "saya adalah Aws, anak kepada Zubair" Saya tak pasti siapa anak Zubair yang ada dalam anime tersebut kerana hanya tariler dalam versi Jepun sahaja yang mempunyai sarikata bahasa Ingeris. Sebutan Jepun kan lain sikit dari yang sebenarnya.
Jika dilihat dari trailer versi Arab, ada kedengaran beberapa kali juga nama Allah disebut. Ditambah pula dengan mungkin ada watak anak kepada salah seorang sahabat Rasulullah. Memang terbaik, versi Arab memang setanding dengan versi Jepun. Sampai emosinya kepada penonton. Kalau pernah tengok video attack on titan versi bahasa Arab, kan padu tu. Meremang bila dengar. Macam tu juga la untuk anime ni, tentang peperangan juga.
Asalkan Rasulullah tidak digambarkan, anime ni memang sangat berkualiti dan perlu disokong. Hal ini kerana, Rasulullah adalah makhluk yang paling mulia dan tidak boleh disamakan atau dilakonkan oleh siapa pun. Dulu pernah ada isu tentang ni dalam filem Muhammad: The Messenger of God. Harap tidak berlaku lagi.
Ulasan
Catat Ulasan