Anohana 10th Anniversary

 


    Sempena ulang tahun ke-10 anohana, kita semua dikejutkan dengan pengumuman projek anime anohana. Menurut anohana.jp, anime tersebut akan mengambil latar masa pada 28 Ogos 2021. Sama ada ia adalah siri, movie atau hanya special episode, kita masih belum tahu lagi. Maklumat lanjut akan diumumkan akan datang. 

    Berdasarkan poster yang telah diterbitkan di internet, kita dapat lihat semua watak utama telah pun dewasa. Saya sangat yakin ia berlatarkan tahun 2021 iaitu sepuluh tahun selepas anime ini tamat pada 2011.  Saya juga pernah review cerita ini 👉 Anohana

    Saya percaya ramai yang sudah perasan tentang lirik lagu ending anime tersebut, tapi saya tetap akan bagitahu sebab mungkin masih ada yang tidak tahu. Lagu tema yang digunakan untuk ending cerita ini adalah secret base (markas rahsia). Tajuk lagu tersebut sangat sesuai dengan cerita ini kerana mereka ada markas rahsia yang mereka jadikan tempat bermain ketika masih kecil. 

Semasa mereka sudah besar juga markas rahsia mereka menjadi tempat bersejarah yang akan diingati selamanya kerana disitulah kali terakhir hantu Menma berada di dunia dan berbual bersama mereka. 

    Lagu tu kalau didengar versi original memang sangat menyentuh perasaan terutama bagi mereka yang sudah menonton anohana tidak kira anime ataupun live actionnya. Jika kita mencari maksud lagu itu, kita akan lebih memahami apa yang disampaikan dalam lagu tersebut dan iainya sangat sesuai dengan cerita anohana ini.

    Ramai orang yang telah membuat cover lagu tersebut. Ramai juga yang cover ke bahasa masing-masing. Saya tertarik untuk mengambil cover dari Indonesia sebagai rujukan kerana covernya sangat jadi dan mudah difahami. 

takkan terlupakan musim panas bersama dirimu dengan mimpi dan harapan bersama 10 tahun dibulan agustus kita akan bertemu lagi dengan memori yang indah ini saat itu aku tidak menyangka bertemu denganmu dijalan pulang lalu kau berkata ayo kita pulang bersama begitu malu wajahku memerah kusembunyikan dengan tas yang ku bawa namun aku merasa begitu senang begitu bahagia aah kembang api dilangit malam, indah namun menyakitkan aah angin pun berhembus dari waktu ke waktu aku bahagia, tertawa riang, bersama kita berpetualang kembali pulang, ke markas rahasia kita. takkan terlupakan musim panas bersama dirimu dengan mimpi dan harapan bersama 10 tahun dibulan agustus kita akan bertemu lagi kutahu sampai akhirpun kau berseru 'terima kasih' dari lubuk hati terdalam. dengan senyum menahan air mata kita ucapkan selamat tinggal dengan memori, yang indah ini. aaah, begitu cepatnya, musim panas berlalu, tanpa ku sadari. aaah, harapan bersahabat bulan dan mentari. kita bersedih, saling berdalih, lewati hari yang kadang tak berseri. bersama-sama di markas rahasia kita. kutahu sampai akhirpun kau berseru 'terima kasih' dari lubuk hati terdalam. dengan senyum menahan air mata kita ucapkan selamat tinggal dengan memori, yang indah ini. tak ada yang bisa, aku lakukan, kau pergi tiba-tiba. maka ku trus mencari, maka ku trus memanggil. ku serukan padamu jangan lupakan aku. selamanya di markas rahasia kita. takkan terlupakan musim panas berkisah, bertutur, merangkai cerita bersamamu seusai mentari terbenam kita, terpana lukisan bintang-bintang. takkan terlupakan air mata yang mengaliri, membasahi wajah sedumu maka tetap jagalah ini semua dalam mimpi kita selamanya. takkan terlupakan musim panas bersama dirimu dengan mimpi dan harapan bersama 10 tahun dibulan agustus kita akan bertemu lagi kutahu sampai akhirpun kau berseru 'terima kasih' dari lubuk hati terdalam. dengan senyum menahan air mata kita ucapkan selamat tinggal dengan memori, yang indah ini dengan memori, yang indah ini

Credit: Esteracia Sei, Shintani Sora, Roby Kazuya
ni link youtube kalau ada yang nak dengar 👉 Secret Base

    Apa yang menariknya, dalam lirik tersebut sudah tersebut "takkan terlupakan musim panas bersama dirimu dengan mimpi dan harapan bersama
10 tahun dibulan Ogos, kita akan bertemu lagi dengan memori yang indah ini". Ia seperti memberitahu kita yang kita akan bertemu lagi pada bulan Ogos tahun 2021.
  
Ni la apa yang menarik dengan anime, dia suka sentuh hati penonton dengan benda-benda yang macam ini.👍

 Adakah kita akan menangis lagi?😅

Kita tunggu pengumuman seterusnya
    

Ulasan