Ending Aku Yang Kau Gelar Isteri Tidak Menepati Kehendak Penonton

 


   

 Sebaik sahaja Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat, penonton mula memenuhi media sosial dengan luahan tidak berpuas hati dengan ending drama tersebut. Saya sendiri menonton drama ini dari mula lagi. Selepas 2 episod berlalu di tv3, saya nampak ramai yang mengatakan ini sebuah drama yang menyeramkan, jadi saya mula tonton episod 1 dan 2 di internet dan episod seterusnya di tv3. Cerita ini free sahaja di Iqiyi

    Bagi saya hanya episod 1 sahaja yang seram sedikit dan selebihnya hanya seperti drama Melayu yang biasa. Saya tidak mengatakan ini cerita yang sangat best dan tidak juga sebaliknya. Ia sederhana sahaja.

    Saya telah menonton drama ini sehingga akhir dan tidak ingin mengatakan apa-apa kerana saya rasa tiada sebarang isu yang perlu diceritakan. Namun, rupanya ramai yang tidak berpuas hati dengan ending drama ni terutamanya kerana kematian Pian. Bagi saya ini tetap happy ending dan tiada apa yang menjadi masalah. 

    Pian sudah pergi terlalu jauh dan tidak ingin menceraikan Rai. Jika dia tidak mati, endingnya pasti Rai dan anaknya terus hidup bersama Pian tanpa kebahagian dan Izlan pula akan hidup sendiri dan sentiasa bersedih. 

Bukankah itu sad ending?

Kematian Pian sebagai hero bukanlah suatu yang teruk. Ini juga menunjukan kepada kita bahawa kita tidak semestinya dapat happy ending walaupun kita orang yang baik. Kita perlulah sentiasa ikhlas dalam membantu orang.

    Perpisahan dan kematian dalam sebuah cerita juga tidak semestinya bermaksud sad ending. Banyak kematian/ perpisahan yang membawa happy ending seperti Hi bye mama, Hotel del luna, anohana dan banyak lagi. Ada juga kematian yang membawa sad ending.

    Walaupun kematian Pian tu sedih, kita tetapi perlu menerima keputusan penulis. Banyak lagi watak yang mati dalam drama lain. 



Ulasan