Pada pagi 14 Ogos 2020, tv Al Hijrah telah membuat satu siaran langsung yang dihadiri oleh para pengkarya yang terlibat dan pernah terlibat dalam penghasilan animasi tempatan lama dan baru. Saya sendiri menontonnya pada hari tersebut, memang seronok melihat mereka berkumpul. Ada yang saya sudah terlupa kewujudanya.
Siaran langsung itu adalah pelancaran Anifest yang akan menayangkan animasi tempatan pada Jumaat hingga Ahad jam 6.55 petang. Program tersebut akan menayangkan pelbagai animasi tempatan.
Kejayaan big three animasi tempatan pada tahun 2019 iaitu Upin & Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali yang telah berjaya mencapai kutipan tertinggi diantara semua filem tempatan yang tayang pada tahun tersebut telah memberi gambaran masa depan yang baru untuk animasi tempatan.
3 Filem animasi tersebut juga telah menjadi filem animasi yang mempunyai kutipan tertinggi dalam sejarah di Malaysia yang mana sebelum ini dipegang oleh animasi luar negara. 15 tahun lepas, animasi tempatan mungkin dipandang rendah dan dianggap gelab masa depan oleh segelintir pihak. Walaupun dari segi jalan cerita dan penceritaan sudah baik, tetapi kualiti animasi sangatlah taruk pada ketika itu.
Pada 15 November 2020, Quest Animation Studio telah memuat naik sebuah video ujikaji di youtube miliknya yang bertajuk Keluang Man Legasi-X. Video itu seperti teaser keluang man yang telah ditambah baik dari segi kualiti animasi. Katanya jalan cerita juga berbeza sedikit tetapi tidak lari dari konsep, mungkin untuk sesuaikan dengan kehendak semasa.
Namun, pada 14 Mac 2021 Quest Animation Studio telah mengemaskini status facebook miliknya dengan memuat naik video dan gambar mengenai animasi keluang man cinonet yang akan ditayangkan di siaran youtube Quest Studio.
Sama-sama kita nantikan kemunculanya. Teruskan sokong animasi tempatan, suatu hari nanti kita pasti dapat mencapai tahap anime dan animasi hollywood.
ikuti perkembangan Cerita Mata Lebah untuk mengetahui info | review | bedah : animasi | drama | filem
Ulasan
Catat Ulasan