Pengajaran Drama Mother

 


Drama yang membawa tema kekeluargaan biasanya memang akan mengandungi banyak penajaran.
Saya akan senaraikan semua pengajaran yang saya dapat selepas menonton drama ini. 

Peringatan, pengajaran ini tidak sesuai kepada mereka yang belum menonton kerana tidak mengetahui apa yang telah berlaku. Ini juga mengandungi spoiler yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang.

1. Jangan mudah bersangka buruk dan menghukum seseorang.
    Pada mulanya, So Jin dan ibu angkatnya memarahi ibu kandungnya yang pernah meninggalkanya semaja So Jin masih kecil dahulu. Dia juga mungkin dipandang serong kerana mempunyai rekod jenayah membunuh. Kebenarannya ialah dia meninggalkan So Jin berhampiran dengan rumah anak yatim kerana ingin serah diri kepada polis kerana dia telah membunuh suaminya yang selama ini melakukan penderaan kepada So Jin dan dirinya sendiri. So Jin tidak mengigati peristiwa itu kerana dia masih kecil dan ibunya meminta untuk melupakan segala yang telah berlaku.




2. Hubungan ibu dan anak tidak mudah diputuskan. 
    Ramai yang memandang remeh perkara ini dan kadang-kadang diremehkan juga oleh ibu yang lain. Ramai juga memandang rendah dengan status ibu dan anak angkat. Hakikatnya, mereka juga mempunyai perasaan. Buktinya, semua anak angkat Young-sin sangat menyayanginya dan bersedih dengan kematianya. Selain itu, perpisahan So Jin dan Hye Na semasa mereka ditangkap polis adalah sangat menyedihkan walaupun mereka tiada pertalian darah.




3. Kebaikan seseorang tidak boleh diukur dengan perhubungan atau pengenalan.
    Young-sin sanggup membayar sejumlah wang yang besar untuk tebus Hye Na dari dibunuh. Nam Hong juga sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membayar bot supaya So Jin boleh melarikan Hye Na. Berbeza pula dengan ibu kandung Hye Na yang tidak memperdulikan anaknya malah pernah beberapa kali membahayakan anaknya.

 




4. Pihak berkuasa sepatutnya lebih prihatin dan mengambil berat terhadap semua laporan yang diterima.
    Akibat dari tindakan pihak berkuasa yang agak lambat menyiasat kes penderaan Hye Na, So Jin tidak teragak-agak untuk terus membawa Hye Na pergi walaupun dia akan menjadi penjenayah dan namanya akan tercemar jika ditangkap. Isu keganasa rumah tangga perlu dipandang serius kerana ia sukar dilihat dari luaran sebuah keluarga. Pihak berkuasa perlu lebih prihatin bagi mengelakkan ungkapan "jika polis tak boleh buat, biar aku yang buat" keluar dari mulut orang awam. 




5. Tidak semestinya orang yang ada rekod jenayah adalah orang yang jahat.
    Dalam dunia realiti, sungguh sukar bagi seorang bekas banduan untuk meneruskan hidupnya di dalam masyarakat. Ada sesetengahnya yang sudah betul-betul berubah tetapi masih lagi dipandang seperti penjenayah yang jahat. Ada juga orang-orang yang terpaksa melakukan jenayah kerana perlu mempertahankan diri atau melindungi orang lain. Berapa banyak orang yang telah dipandang hina di dunia ini? Belum masuk lagi mereka yang tidak bersalah tetapi tetap dipenjarakan kerana tiada bukti yang boleh membebaskannya.

 





6. Tidak mudah bagi seorang budak untuk mengakui terlalu ramai wanita sebagai ibunya. Kalau lelaki memang tak boleh diakui sebagai ibu.
    So Jin sendiri mengambil masa 30 tahun untuk betul-betul menganggap Young Sin sebagai ibunya. Hye Na pula tidak boleh menerima ibu lain selain So Jin dan ibu kandungnya.





Sangat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari drama ini. Semoga apa yang terjadi di dalam cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk diaplikasikan dalam hidup kita. Maaf jika saya ada terlepas pandang, komen jika ada penambahan.😘

Ambil yang jernih, buang yang keruh

Teruskan menyokong Cerita Mata Lebah. 
Semoga bermanfaat. 

Ulasan