Review Mother (Korea)

 


Tajuk: Mother/ Call Me Mother

Tahun: 2018

Rating MyDramaList: 9/10

Rating IMDb: 9.1/10

Rating Pribadi: 9/10

Genre: Suspense, psychological, melodrama, love

Tags: kekeluargaan, penderaan kanak-kanak, air mata, ibu dan anak, jenayah, polis

Sinopsis: So Jin menjadi guru ganti di sebuah sekolah. Hye Na seorang budak perempuan yang kelihatan agak berbeza dari kanak-kanak lain kerana selalu di panggil sampah tetapi dia sentiasa tersenyum dan tidak pernah menangis. Dia juga selalu didera oleh ibu dan teman lelaki ibunya di rumah. Guru-guru telah melaporkanya kepada pihak polis tetapi penderaan tetap berlaku. So Jin berasa bertanggungjawab untuk melarikan budak itu ketika melihatnya dibungkus di dalam plastik sampah dalam keadaan kotor di luar rumahnya. 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang mereka menjadi pelarian dengan penuh debaran dan emosi.

Ulasan: Ini merupakan sebuah karya yang sangat berkualiti👍 Walaupun ia cerita kekeluargaan, tetapi menonton cerita ini sangat memberi debaran seperti mennton cerita survival. Banyak juga plot twist dalam cerita ini yang membuatkan saya terkejut. Watak utamanya memang So Jin dan Hye Na, tetapi watak-watak lain juga mempunyai kisah tersendiri yang berkait dengan So Jin. Semua kisah itu sangat sesuai dengan tajuk drama ini iaitu Mother. Drama ini merupakan sebuah drama yang sangat bayak pengajaran dan sangat digalakan untuk ditonton.

Info Tambahan: Drama ini adalah remake dari versi asli dari Jepun dengan tajuk yang sama pada tahun 2010. Mungkin ada yang pelik mengapa So Jin dan Hye Na tidak ditularkan diinternet. Internet sudah ada pada tahun 2010 tetapi belum ada aktiviti penularan maklumat lagi pada ketika itu. Mungkin ada yang tertanya juga kenapa mesti terlalu sedih mengenai perpisahan So JIn dan Hye Na kerana kan ada media sosial. Tahun 2010 media sosial belum digunakan secara meluas.

Selain itu, ada juga remake dari Turkey pada tahun 2016 yang bertajuk Anne dan remake dari China yang bertajuk Imperfect Love pada tahun 2020.

Walaubagaimanapu, versi Korea mempunyai rating IMDb yang tertinggi dan diikuti oleh versi asli dari Jepun dengan rating 8.6/10

Drama berkualiti pasti mendapat sambutan yang baik. Jangan lupa baca bahagian pengajaran supaya boleh diambil dan dicontohi dalam kehidupan.


Walaupun ibu panggil kamu Yoon Bok sekarang, tidak bermaknakamuu Yoon Bok secara tiba-tiba. 

Perlahan-lahan, kamu akan jadi Yoon Bok. Walau ibu belum habiskan buku Yoon Bok lagi, perlahan-lahan ibu akan siapkannya. Suatu hari nanti kita akan temui diri kita sebagai Yoon Bok dan ibu Yoon Bok.

Saya rasa, saya dah jadi orang yang saya nak. 

Yoon Bok.

Ulasan