Tajuk: Petaka
Genre: Jenayah, Cinta, Kekeluargaan
Rating Pribadi: 7.7/10⭐
Sinopsis: Mengisahkan seorang lelaki yang bekerja keras untuk mencari duit supaya boleh menebus semula rumah arwah ayahnya dan merawat ibunya yang sakit kaki. Dia dapat tawaran kerja dengan gaji yang lumayan sebagai pemandu yang mengambil barang dari sempadan oleh sebuah kilang perabut yang besar. Rupanya syarikta itu menjalankan perniagaan dadah disebalik perniagaan perabot.
Ulasan: Cerita ni biasa saja. Bagi saya dia berkualiti kerana mempunyai mesej yang jelas dan boleh dijadikan pengajaran. Cerita ini juga menampilkan perlakon-perlakon yang berkualiti dan berjaya membuat penonton menghayati cerita ini sebaiknya.
Pengajaran: Jangan mudah percaya dengan tawaran yang tidak masuk akal seperti tawaran upah yang sangat tinggi untuk melakukan tugas yang sangat mudah dan ringan. Pasti ada risiko yang tersembunyi disebalik tugas tersebut.
Saya teringat kata-kata dari Eun Hyuk dalam cerita Sweet Home yang pernah saya review sebelum ini, "Jika seseorang berkata akan melakukan suatu yang mustahil, itu bermaksud yang dia sedang menipu"
Seterusnya, kita mestilah mementingkan keluarga dengan berusaha memberi apa yang terbaik untuk keluarga tapi jangan sampai melanggar apa yang dilarang agama dan undang-undang.
Akhir sekali jangan terlibat dengan penjenayah. Bukan seperti kawa-kawan kita yang lain, jika mereka penjenayah yang melakukan jenayah untuk kepuasan diri bermaksud bila-bila masa dia akan melakukan kejahatan kepada kita.
Ulasan
Catat Ulasan