Beyond Evil Tunjuk Bahaya Arak! (Pengajaran Beyond Evil)

 


Drama beyond evil yang baru sahaja habis tayangannya beberapa hari lepas mempunyai rating yanag agak tinggi. Sebelum ni pun saya telah review drama tersebut. 

Kali saya akan kongsi punca segalah masalah yang berlaku sepanjang 21 tahun. Sebelum memulakan perkongsian, saya memberi amaran artikal ini mengandungi SPOILER YANG SANGAT BANYAK💢

Ok, mari mula😁

Selepas kita tahu yang Park Jung Je yang melanggar mayat Yu Yeon, kita dikejutkan lagi dengan plot twist entah kali ke berapa saya tak ingat. Rupanya orang pertama yang melanggar Yu Yeon adalah Ki-Hwan. Fuh, selama ni Joo Won siasat kes yang ayah dia sendiri dalangnya.
Memandangkan Ki Hwan adalah orang atasan polis pada ketika itu, dia menyembunyikan kebenaran dengan kuasanya dan membuat kes itu tidak selesai selama 21 tahun.

Isu yang saya nak cakap adalah bahanya arak. Hanya kerana beberapa gelas arak, terhasilah sebuah kes yang berselirat dan memeningkan kepala. Siapa yang tak pening kan, menonton drama ni💆. Awal cerita tak faham apa-apa pun😂.

Permulaan masalah adalah pengaruh rakan. Ki Hwan tidak mahu minum pada malam tersebut kerana dia akan memandu ketika pulang tetapi akhirnya dia termakan pujukan Chang-Jin dan Hae-Won.

1.Selepas dia mabuk, dia memandu dan terlanggar Yu Yeon. 
Yu Yeon mungkin belum mati, tapi untuk mengelakan masalah yang akan menimpanya dia meminta Chang-Jin untuk tolong selesaikannya.

2.Bila Chang-Jin letakan Yu Yeon di tengah jalan, Jung Je pula yang langgar😔. Lepas tu mak dia tolong cover dan buat Jung Je ingat apa yang terjadi itu hanya mimpi.

3. Tapi Jung Je tercicirkan pemetik gitar yang ada cap jarinya di tempat itu. Mak dia pun rasuahlah polis untuk tukar rekod cap jari pada pemetik gitar itu untuk selamatkan anak dia dari hukuman dunia.

4. Kang Jin-Mook menyaksikan segala yang berlaku pada malam terebut. Dia kira saksi utama la tapi dia sendiri pembunuh misteri, takkan la dia nak selamatkan Yu Yeon yang asalnya dah masuk dalam list mangsa sebab Yu Yeon ternampak dia membunuh orang lain. Dia pun manfaatkan situasi tu untuk ugut 3 orang besar itu supaya memberi apa yang dia nak👏.

5. Lee Dong-sik ditangkap kerana pemetik gitar tu adalah miliknya dan Ki-Hwan tutup kes supaya siasatan dihentikan. Kesian kan Dong-Sik tu, adik dia hilang tapi dia pula dituduh😥.

6. Kang Jin-Mook hidup bebas sebagai pembunuh bersiri dan membunuh orang lagi.

7. Beberapa polis terlibat dengan rasuah untuk Hae-Won menyembunyikan anaknya.

8. Ki-Hwan salah guna kuasa bila tutup kes selepas Dong-Sik ditangkap untuk menyelamatkan dirinya.

9. Polis-polis terpaksa guna cara yang salah dan tidak mengikut undang-undang untuk menjejaki penjenayah sebenar memandangakan kerja mereka sering dihalang oleh orang atasan.

10. Ju-Won dan Dong-sik terpaksa korbankan orang tak bersalah bagi menyiasat siapa pembunuh bersiri yang selaama ini dilindungi itu.

11. Akhir cerita beramai-ramai terima hukuman kerana polis-polis itu serah diri selepas berjaya menumpaskan dalang disebalik kes yang peningkan kepala kita ni.😂

Nampak tak? hanya kerana beberapa gelas arak, berlaku kes yang berselirat sampai macam tu sekali dan tak selesai selama 21 tahun.

Ada 1 kisah lain tentan seorang lelaki soleh yang diminta untuk melakukan 1 dosa antara 3 iaitu minum arak atau zina atau bunuh. Semuanya adalah dosa besar, namun arak adalah yang paling bahaya. Dia memilih arak kerana dia sangka arak yang paling selamat kerana tidak menganiaya orang lain seperti zina dan bunuh. Selepas minum arak, dia mabuk lalu berzina dan kemudian membunuh.

Kesimpulanya, janganlah kita minum arak kerana ia akan memabukan dan merosakan akal waras ketika itu. Ia juga menjejaskan kesihata. Kepada umat Islam, sudah tentu arak itu haram dan kita tidak boleh minum. Janganlah kita melanggar perintah Allah.
Kepada yang bukan Islam pula, saya sangat menggalakan supaya berusaha berhenti minum arak kerana ia boleh mendatang pelbagai masalah lain semasa mabuk. Selain itu, ia juga tidak elok untuk kesihatan. Apa salahnya jika kita jauhinya.😉

Bak kata Levi, "kita kan dah ada teh, buat apa minum arak"

Di Malaysia sendiri juga sudah banyak kemalangan jalan raya yang mengirikan berpunca dari pemandu mabuk.

Ulasan