Beberapa jam lepas, mula berlegar di media sosial mengenai petition menukar ending attack on titan. Sejujurnya ending tersebut sangat memuaskan hati saya. Ia juga berjaya mengeluarkan air mata kebanyakan peminat. Sebelum pergi lebih lanjut, saya ingin mengigatkan artikal ini mengandungi sedikit spoiler ⚠
Saya akui juga mungking ending tersebut agak sedikit kelam kabut. Jika piha studio animasi menambah baik ending supaya tidak nampak kelam-kabut, saya setuju, tapi kalau nak tukar ending tu saya sangat tidak setuju. Terdapat banyak sangat anime yang tidak dapat sambutan kerana ending berbeza dari manga.
Cakap pasal ending, saya sangat berpuas hati dengan pengakhirannya. Jika ingin ditambah baik, hanya buat supaya tidak nampak-kelam kabut tanpa mengubah ending tersebut.
Attack on titan telah menjadi anime yang sangat-sangat popular pada tahun ini. Bukan suatu yang pelik jika banyak sangat pendapat dan pertelingkahan dalam kalangan peminat apabila jumlah peminatnya terlalu ramai. Hal ini juga mengakibatkan orang-orang yang tak pernah layan anime pun tengok aot.
Orang yang dah tengok banyak anime pasti tahu yang bukan semua anime akan berakhir dengan happy ending seperti naruto. Ada banyak anime yang berakhir dengan sad anding terutamnya kematian heroin atau hero dan heroin tidak dapat bersama. Ingat tengok anime ni suka-suka je dan sentiasa dapat happy ending.
Bagi saya aot ni happy ending. Bukan setakat happy ending la, dia beautiful ending la gitu. Kematian watak utama tidak semestinya melambangakan kekalahan atau kegagalan. Ia juga boleh melambangkan pengorbanan seperti yang dilakukan oleh Eren dengan bekorban untuk menjadikan seluruh dunia bersatu dan berdamai. Bukankah ianya indah😌
Mungkin ada yang cakap, "konflik antara Endian dan dunia takkan selesai semudah tu, mungkin masih ada yang berdendam". Ok, kita kene tahu yang perperangan adalah sesuatu yang semua negara cuba elakan pada masa kini. Hal ini kerana perperangan boleh mengakibatkan kemusanahan dan kerugian yang besar. Kesan dari perperangan juga mengambil masa yang sangat lama untuk dipulihkan. Eren telah membuat kemusnahan dan membunuh ribuan manusia di luar tembok, adakah mereka boleh bangkit dengan mudah? Eldian sempat bersedia dengan kekuatan tentera yang kuat dan ramai dalam tempoh pembangunan semula negara lain.
Apa yang dilakukan Eren tidak sia-sia.
Bagi saya aot sudah tergolong dalam 10 anime terbaik dalam sejarah. Selain aot, ada lagi 2 anime terbaik yang berakhir dengan kematian watak utama iaitu death note dan code geass.
Saya sangat menghargai hasil usaha keras Hajima Isayama yang telah buat yang terbaik untuk menghasilkan sebuah kisah yang sangat berkualiti. Bagi saya ending tidak patut diubah sama sekali melainkan membuat penambahbaikan supaya tidak kelam-kabut.
Kematian tidak semestinya membawa maksud kegagalan atau kekalahan.
Ia juga boleh membawa maksud pengorbanan.
Ulasan
Catat Ulasan