Saya menerima berita bahawa drama tv3 Nur akan tayang di siaran tv Indonesia sempena Ramadhan. Jadi saya membuat keputusan untuk memberi sedikit ulasan mengenai drama tersebut memandangkan saya telah menontonya dulu dan menyukai drama tersebut.
Untuk pengetahuan drama ni juga ditayangkan sempena Ramadhan 2018 di tv3 dan Nur 2 ditayangkan sebulan sebelum Ramadhan tahun berikutnya dan tamat sebelum digantikan oleh drama Ramadhan tahun tersebut iaitu cari aku di syurga.
Tajuk: Nur | Nur 2
Tahun: 2018 | 2019
Genre: Melodrama, Motivation, Islamic, Love
Rating IMDb: 6.6/10
Rating Pribadi: 8/10
Sinopsis:
Nur: Mengisahkan kehidupan seorang anak kepada pelacur yang minat dan sentiasa berusaha untuk keluar dari kehidupanya dan menjalani kehidupan cara Islam seperti orang lain. Oleh kerana dia tidak bersekolah, pekerjaan dia juga adalah pelacur tetapi dia tidak pernah menerima seorang pun pelanggan kerana dia mengaku mempunyai penyakit aid. Ibu dan orang sekeliling mereka selalu mengatakan usahanya tiada guna dan melarang dia terus berusaha sehingga dia terpaksa curi-curi dengar kuliah di masjid dan sembahyang di lorong sunyi kerana dilarang oleh orang sekeliling dan orang masjid sendiri. Kisah bermula apabila Ustaz Adam ternampak dia solat subuh di lorong sunyi dan berdoa.
Nur 2: Kisah tentang kehidupan Nur dan Adam yang sudah berumah tangga. Adam teruskan usaha dakwahnya seperti biasa di masjid dan meluaskan dakwahnya ke kawasan pelacuran macam Ustaz Ebit Lew tu.
Selain itu dia juga terpaksa bekerja keras menyelamatkan sekolah ayahnya yang mengalami masalah kewangan angkara abang iparnya semasa musim yang pertama. Kehadiran kawan lama Nur yang kononya perlu bimbingan mereka untuk berubah juga menjadi ancaman baru kepada mereka.
Ulasan: Cerita ni sangat menyentuh hati saya sebagai penonton. Melihat usaha Nur susah payah mencari redho Allah kerana datang dari latar belakang yang jauh dari Islam. Terasa bersyukur sangat lahir dari keluarga yang mementingkan agama dan mendapat didikan yang secukupnya.
Drama ni juga membuka mata saya bahawa ramai juga orang yang kurang bernasib baik dalam hidupnya menjadikan mereka jauh drai Islam. Menjadi tanggungjawab kita untuk membimbing mereka, bukanya memulaukan mereka dan biarkan mereka hidup berdosa selamanya.
Eh jap, kenapa bahagia ulasan ni macam bahagian pengajaran😂
Apa-apapun cerita ni memang sedih dan banyak pengajaran. Ada juga komedi dan drama diselitkan tau, jadi jangan risau.
Nur mengajar kita supaya tidak bersangka buruk dengan orang dan orang yang lahir dari golonggan pendosa juga ada hak untuk berubah dan menyembah Allah.
Nur 2 pula mengajar supaya lebih berhati-hati dengan orang yang baru kenal dan tidak mudah percaya dengan orang yang tiba-tiba datang minta bantuan.
Drama ni sangat popular di Malaysia semasa ditayangkan. Saya harap ia akan disukai oleh teman-teman dari Indonesia juga.
Ulasan
Catat Ulasan