Projek anchor SPM telah memberi teguran kepada pelbagai lapisan masyarakat. Dari sekecil pelajar sekolah sampailah ke golongan atasan.
Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini.
Antaranya,
1. Sikap mementingkan nama menghilangkan amanah.
Awang yang terdesak untuk menaikan semula pencapaian sekolah membiarkan sahaja pelajarnya meniru dalam perperiksaan dengan harapan tidak kantoi dan berjaya menaikan presatasi sekolah dalam SPM selepas gagal dalam perlawanan ragbi.
Sepatutnya kita lebih mementingan tanggungjawab lebih dari kejayaan kerana itulah amanah yang telah diberikan.
2. Penekanan ibu bapa menjadikan pelajar takut untuk gagal atau tidak cemerlang dalam peperiksaan.
Kebanyakan watak pelajar dalam ini bersetuju dan ingin menyertai projek anchor kerana terdesak untuk mendapatkan keputusan perperiksaan yang cemerlang. Contohnya Tai Yin yang perlu dapat keputusan yang cemerlang untuk dapatkan biasiswa untuk sambung belajar. Aida pula perlu membantu Jaja untuk dapat keputusan cemerlang juga. Aizad pula ingin menunjukan contoh yang baik untuk budak-budak di rumahnya.
3. Pelajar sokolah selalu merasa yang peperiksaan adalah benda paling enting dalam hidup mereka.
Perasaan yang tidak betul ini menjadikan mereka sangup melakukan apa sahaja untuk mencapai target mereka. Gigih berusaha tidak salah, tetapi melakukan perkara yang salah untuk mendapatkan kejayaan adalah suatu yang salah contohnya meniru dalam perperiksaan.
4. Meniru dalam peperiksaan adalah kesalahan yang besar.
Buktinya semua pelajar yang meniru telah digagalkan dalam semua mata pelajaran. Jadi janganlah kita meniru ataupun menipu dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
5. Jauhi cemberu dan hasad dengki dalam persahbatan.
Kita dapat lihat Hilmi bergaduh dengan Aizad hanya kerana seorang perempuan dan dia juga memutuskan hubungan dengan 1 batch hingga sangup kantoikan mereka meniru. Selepas kekecohan berlaku barulah Hilmi sedar akan kesalahanya dan menyesal kerana hancurkan hubungan dengan kawan-kawannya hanya kerana seorang perempuan.
Bak kata Obito dalam cerita Naruto, "orang yang melanggar peraturan itu dianggap seperti sampah, tapi orang yang tidak memperdulikan rakanya itu dianggap lebih teruk dari sampah"
6. Kita perlulah bertanggungjawab dengan semua perkara yang kita lakukan.
Walaupun Aizad telah lakukan kesalahan dengan libatkan 1 batch dalam projek anchor yang telah kantoi, tapi dia mengaku salah dan tidak menyebut nama sesiapa pun supaya hanya dia yang menerima hukuman.
Sebagai manusia kadang-kadang kita tersilap langkah, tapi kita kenelah berani untuk bertanggungjawab dengan kesalahan kita.
7. Cemerlang dalam pelajaran bukanlah 1 satunya cara untuk menunjukan contoh yang baik.
Ibu Aizad berkata Aizad telah pun tunjuk contoh yang baik kepada adik-adiknya selama ni sehingga mereka sangat mengagumi Aizad.
Ulasan
Catat Ulasan