Tajuk: Budak Tebing
Tahun: 2020, 2021
Genre: Drama
Tag: Kekeluargaan, persahabatan, Kerohanian, percintaan, jenayah
Sinopsis:
Musim 1: Arif baru pulang dari Henry Gurney, terus singgah dulu di bawah jembatan yang digelar tebing sebelum pulang ke rumah. Dia disambut baik oleh adiknya yang memang rapat dengannya dari dulu tetapi tidak dihiraukan oleh ibunya. Dia tahu ibunya masih marah kerana dia ditangkap kerana membunuh kawanya ketika masih kecil walaupun bukan dia sebenarnya yang bunuh. Hanya adiknya, Yoyol yang tahu kebenaran. Mereka berdua dan 3 orang lagi rakan mereka memang suka bermain di tebing semasa kecil tetapi mereka terpisah dan tak berhubung sejak kejadian itu.
Mereka bertemu semula secara tidak sengaja dan rahsia serta konflik terjadi dan menggugat persahabatan mereka.
Musim 2: Berberapa bulan sudah berlalu sejak mereka kalahkan Brogger dan sumbat pekerjanya ke balai polis. Ayah Arif dan Yoyol muncul kembali dengan penuh misteri. Tongki mula diganggu kehidupanya, Laura menerima ibu kandung palsu dan video lama Ira tersebar. Mereka menyangka ini berpunca dari dendam. Macam-macam masalah yang mereka lalui, sedikit demi sedikit mereka mula tertekan.
Ulasan: Saya akan campur saja kedua-dua musim kerana ceritanya memang bersambung dan tiada perubahan tema atau genre.
Jika melihat pada poster dan iklan, saya menyanka ini adalah kisah budak-budak ganster tetapi ia sangat berbeza dari sangkaan saya. Cerita beberapa kali membuat air mata hampir menitis melihat ujian yang mereka lalui. Di samping itu, mereka juga saling memberi semangat antara 1 sama lain, dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada penonton juga. Ada juga plot twist yang ringan dalam cerita ni yang memberi sedikit kejutan kepada penonton. Para pelakon memang berkualiti, sampai lakonan mereka. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ni. Nampak macam cerita yang ganas tapi sebenarnya cerita sedih.
Ulasan
Catat Ulasan