Review Boruto episod 110:
Sai dan Konohamaru pergi menyiasat tempat pengikut ajaran sesat Boro. Mereka cuba membokar penipuan Boro tetapi hampir semua pengikut Boro tidak mahu mempercayaai mereka.
Boro mula membesarkan pengrauhnya dengan menyebarkan virus kepada penduduk kampung terpencil supaya mereka sakit dan hidup dengan sukar. Kemudia Boro datang dan mengaku sebagai penyelamat kepada mereka. Boro menyembuhkan sakit mereka dengan mengatakan yang dia mempunyai kelebihan kerana sudah dipilih oleh dewa.
Orang kampung yang gembira kerana telah disembuhakan opleh Boro mempercayainya. Boro mengatakan yang mereka akan menerima masalah lain lagi jika tidak mengikutnya. Mereka yang mudah tertipu dengan janji keamanan dari Boro mempercayainya. Betapa taksubnya mereka memuja seorang penipu.
Boro telah mempengaruhi fikiran mereka supaya terus setia padanya. Ada yang sanggub mati kerana ingin terus setia dengan Boro dan percaya yang Boro akan datang menyelamatkan meraka.
Situasi seperti ini akan berlaku juga suatu hari nanti. Akan munculnya Dajjal yang mampu memberi apa yang manusia inginkan. Pada ketika itu manusia akan berada dalam keadaan yang susah. Ramai manusia yang akan menjadi pengikut Dajjal kerana ingin bantuanya. Kita sepatutnya terus beriman kepada Allah dan percaya yang semua itu adalah ujian untuk menguji keimanan kita. Semoga kita semua terhindar dari fitnah Dajjal.
Alang-alang cerita sudah kesini, saya nak kongsikan amalan yang boleh membantu kita supaya terhindar dari fitnah Dajjal.
Menghafal surah al-Kahfi 10 ayat pertama dan akhir. Baca sahaja setiap hari, dan kita akan ingat.
Membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat.
Ulasan
Catat Ulasan