Tajuk: Ayahanda
Tahun: 2021
Genre: Drama, Konflik, Kekeluargaan, Cinta.
Jenis: Siri
Episod: 13
Rating Pribadi: 7/10⭐
Sinopsis: Kisah tentang seorang ayah yang mendapat pandangan yang berbeza dari anaknya. Tiada seorang yang mampu memahaminya kecuali isterinya. 4 orang anaknya sering tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh ayah mereka tetapi biasanya hanya Aziz sahaja yang mampu membangkan sedangkan yang lain hanya diam. Mereka semua memilih Aziz kerana mereka tahu Aziz adalah anak kesanyangannya walaupun di mata sesetengah orang termasuk isteri Aziz sendiri, hubungan Aziz dan ayahnya sengat renggang. Apa sahaja yang Aziz lakukan, ayahnya tidak setuju dan begitu juga sebaliknya. Hal ini disebabkan suatu masalah yang berlaku suatu ketika dahulu. Isu pertama adalah orang kampung mengesa ayah mereka untuk meletak jawatan sebagai imam dan turut disetujui oleh anaknya walaupun tak berani cakap😂
Ulasan: Ramai yang suka sangat dengan drama ni tapi pada saya biasa saja. Jika nak dibandingkan dengan drama Melayu yang lain, Ayahanda memang jauh lebih bagus la. Dia bukan sahaja best, malah banyak pengajaran. Dia menunjukan kita pandangan dari perbagai sudut terhadap suatu isu yang berlaku. Cerita ni diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Aziz, diinspirasikan dari kisah benar. Jalan ceritanya bagus, ia mengajar kita untuk membuat keputusan dengan baik dan memahami perasaan dan sebab seseorang itu melakukan sesuatu. Cerita ni juga mengejar kita supaya berfikiran terbukan dan bijak membuat keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Ulasan
Catat Ulasan