Review Love Elsa (Malaysia)

 




Tajuk: Love Elsa

Tahun: 2021

Episod: 24

Genre: Drama, fantasi, cinta, konflik

Tag: Drama, fantasi, cinta, konflik, dendam, tamak, keluarga, kenangan.

Rating pribadi: 6.8/10⭐

Sinopsis: Ammara mempunyai kelebihan untuk mengetahu kenangan buruk seseorang apabila menyentuhnya. Kesan dari terlihat kisah silam orang lain, dia akan pengsan jika kenangan sedih itu terlalu sedih. Ammara bertemu dengan Redza yang mempunyai masalah untuk menyiasat penyelewengan wang dalam syarikatnya. Bila mengetahui kisah silam Redza yang sedih, Ammara berasa kahsia dan ingin membantu Redza menyiasat.

Ulasan: Permulaan cerita ini bagus dan berjaya membuat saya putusakan untuk terus tengok sampai akhir. Sinopsis drama ni memang dari awal telah menarik perhatian saya kerana ada kuasa dan ada penyiasatan😂. Walaubagaimanapun, ini adalah drama yang sedikit sebayak pasti ada kisah cinta. Saya suka je cerita ni, ada sedikit komedi untuk menceriakan cerita ni. Saya suka hubungan baik antara Redza, Imran dan Rauf. Apa lagi yang best dengan drama ni adalah kurang pergaduhan untuk perkara yang tak penting. Kita nampak rebutan saham syarikat tetapi pergaduhannya tidak ketara dan masih cuba memperbaiki hubungan mereka. Watak jahat memang ada dan memang perlu menerima hukuman. Jadi tak sakit hati😉. Lagi 1 saya sangat suka ending dia, memang antara yang terbaik dalam kalangan drama Melayu.

Video


Ulasan