Tahun: 2021
Genre: Suspend, drama, conflict
Tags: Keluarga, komedi, penipuan, jenayah, misteri
Rating pribadi: 8/10⭐
Sinopsis:
Joe seorang pekerja biasa di sebuah bank. Ayah mertuanya selalu mendesaknya untuk membeli rumah sendiri. Joe mengambil wang pelanggannya dan kemudia salahnya dibesarkan dan difitnah atas kesalahan lain oleh penyelianya. Dia dipecat dan menerima tawaran dari kawan lamanya, Amy untuk bersama mencuci wang haram. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar tetapi lama kelamaan masalah mula timbul.
Ulasan:
Drama ni ada macam-macam perasaan dia bagi. Mula-mula cerita tu ada drama sikit, ada sedih-sedih sebab Joe tu memang terdesak tak ada duit. Ada juga komedi. Memang kelakar betul masa Joe dengan Fawaz kene campak kat hutan dengan masa diorang nak scam balik scammer lain😂. Ada masa berdebar pula bila kene kejar dengan orang jahat atau polis. Macam-macam la yang ada dalam drama ni. Memang seronok tengok. Cerita yang ada banyak episod dan pertukaran emosi biasanya akan memberi kesan dalam hati lepas cerita habis sebab ia menunjukan realiti kehidupan.
Selain itu, penulis juga seorang yang berani kerana dia ada mematikan seorang watak penting yang mungkin ramai yang meminatinya termasuk saya. Walaupun macam tu, cerita ni tetap best dan tidak terjejas hingga ke akhir.
Pengajaran:
Tiada jalan pintas untuk berjaya. Jika ada yang menawarkan jalan pintas, itu bermakna dia menipu. Memang ada cara mudah untuk menjadi kaya tetapi kemudahan tersebut sebenarnya akan menyusahakan kehidupan.
Joe pernah berkata,
"buat apa duit banyak tapi hati tak tenang,
lebih baik duit sikit tetapi bebas dari gangguan".
Ulasan
Catat Ulasan