Review The Girl Who Leapt Through Time (Jepun)

 


Tajuk: The Girl Who Leapt Through Time

Tahun: 2006

Jenis: Movie

Genre: Science fiction, romance, slice of life

Tag: Friendship, sad, time travel, love

Rating IMDb: 7.7/10

Rating MyAnimeList: 8.2/10

Rating Pribadi: 7.7/10

Sinopsis

    Makoto seorang pelajar sekolah menengah yang sangat cuai. Banyak kemalangan kecil yang berlaku dalam hidupnyaa. Suatu hari, dia terjumpa 1 benda pelik di dalam makmal sains sekolah dan menyimpan benda tersebut. Semasa perjalanan pulang dari sekolah, brek basikalnya tidak berfungsi dan mengakibatkan dia terlajak ke landasan kereta api. Tiba-tiba dia sedar yang dia sudah kembali ke beberapa saat sebelum kemalangan itu berlaku. Dia sedar akan kebolehan melompat masa itu dan menggunakannya untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Lama-kelamaan dia mula menggunakan kelebihan itu untuk mengubah sesuatu yang penting namun dia baru sedar yang dia mempunyai kouta untuk melompat masa.

Ulasan:

    Cerita ni mempunyai jalan cerita yang menarik tapi saya nak ingatkan yang dia agak perlahan seperti a silent voice dan 5 centimeter per second. Walaubagaimanapun, saya rasa movie ini lebih rancak berbanding 2 movie yang saya sebutkan tadi. Cerita ni menunjukan realiti kehidupan dimana tiada yang sempurna dan kita tidak boleh memiliki segalanya dalam 1 masa. Animasi sudah sangat memuaskan bagi cerita yang ditayangkan pada tahun 2006. Ada bahagianyang menyentuh hati juga dalam cerita ni. Cerita ni sesuai untuk peminat cerita 'slice of life' dan 'time travel' tetapi tidak sesuai bagi mereka yang tidak suka cerita yang perlahan.

Pengajaranya, takdir yang telah ditentukan oleh Allah adalah takdir yang baik. Mungkin ada yang mempersoalkan kehidupanya "kenapa ada perkara yang tidak diingini berlaku?" Percayalah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Makoto sendiri tidak pernah berasa berpuah hati selepas dia lomta masa untuk mengubah sesuatu yang penting. Malah, banayak perkara yang lebih buruk berlaku akibat perbuatan lompat masa yang dia lakukan.


Ulasan