Dalam Boruto episod 218, kita dikejutkan dengan kematian kurama. Seekor raksasa rubah berekor 9 yang sudah bersama Naruto selama 33 tahun sejak Naruto lahir. Hubungan mereka sangat rapat kerana mereka selalu berganding tenaga untuk bertarung melawan musuh.
Sebenarnya, Naruto tak suka Kurama ada dalam badan dia. Ye la, wujudnya raksasa itu dalam badan dia telaha membuat seluruh kampung menjauhinya sehingga dia tidak mempunyai ramai kawan semasa kecil. Naruto ni baik dan pandai bergaul. Kalau bukan sebab ada raksasa dalam badan dia pasti dia sudah mempunyai ramai kawan.
Dalam episod sebelum ni, Kawaki ada cakap, "tidak hairanlah jika hokage ada kuasa yang sangat kuar kerana dalam tubuhnya ada raksasa. Mesti senangkan hidup macam tu". Kurama pun balasa balik, " tidak, sebaliknya aku adalah beban dalam hidup Naruto. Kerana aku, Naruto melalui kehidupan yang sukar.
Semasa perlawanan dengan Pain, Naruto ada hilang kawalan kerana terlalu marah. Semasa tangannya bergerak untuk membuka segel kyubi, Minato tiba-tiba muncul dan memegang tangan Naruto. Lepas tu dia bagaitahu la dekat Naruto yang dia adalah ayah Naruto dan dialah yang telah mengurung Kurama dalam badan Naruto. Naruto membalas dengan 1 tumbukan sambil berkata "kenapa kurug raksasa ni dalam badan anakmu sendiri? Tahu tak bertapa sussahnya hidup aku kerana raksasa ni. Aku tak dapat kawan, orang kampung pulaukan aku, aku jadi buruan akatsuki.
Nota tambahan: Naruto akan mati jika Kurama ditarik keluar dari badannya.
Naruto sangat tidak suka kewujudan Kurama dalam badanya kerana raksasa itu telah menyusahkan kehidupan bermasyarakatnya.
Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Dalam episod 218 Kurama telah hilang dari badan Naruto. Kejadian seperti ini langsung tidak mengancam nyawa Naruto kerana Kurama hilang terus dalam badan Naruto bukanya ditarik keluar secara paksa seperti yang Obito lakukan semasa perang dunia sebelum ini.
Tapi, kenapa korang sedanh? Kenapa Naruto sedih?
Semua ini kerana perasaan antara Naruto dan Kurama sudah lama berubah. Dulu Kurama bencikan manusia kerana dia pernah dibergunakan oleh Madara suatu ketika dahulu. Naruto pula terbeban Kerana Kurama dalam badanya suka mengamuk. Sekarang sudah berbeza. Naruto dan Kurama sudah banyak kali bekerjasama menewaskan musuh termasuk Madara. Gandingan mereka telah menyelamatkan ramai orang sejak kali pertama mereka bersatu dulu.
Naruto merupakan hero dalam perang dunia kerana dia memiliki kekuatan Kurama. Naruto juga mengunakan chakra Kurama yang banyak itu untuk melindungi para shinobi lain semasa Naruto sedang bertarung.
Kekuatan jinchuriki kyubi ini juga telah digunakan bagi melindungi semua penduduk kampung ketika Momoshiki datang menyerang Konoha semasa ujian Chunin.
Ada banyak lagi perlawan yang Naruto menggunakan kekuatang jinchurikinya untuk berlawan. Banyak sudah jasa Kurama kepada Naruto dan seluruh dunia shinobi.
Dari benci menjadi kawan, dari beban menjadi pembantu
Ada banyak misteri dalam kehidupan ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, tapi kita tidak akan mengetahuinya selagi belum tiba masanya.
Janganlah kita terlalu membenci sesuatu kerana kekurangannya, kerana bila-bila masa sahaja dia boleh berubah.
Janganlah kita terlalu menyukai sesuatu kerana dia juga boleh berubah dan bila-bila masa sahaja dia boleh tinggalkan kita. Pasti sangat sedih bila ditinggalkan sesuatu yang kita sangat suka.
Dalam Al-Quran muka surat 34 surah Al-Baqarah ayat216 bermaksud:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal dia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyuakai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Ulasan
Catat Ulasan