Review Drama 1 Litre Of Tears (Jepun)


Tajuk: 1 Litre No Namida / 1 Litre of Tears

Tahun: 2005

Jenis: Siri

Episod: 11 + 1 Special movie

Genre: Melodrama, tragedi.

Tags: Kekeluargaan, persahabatan, sekolah, sakit, tragedi, sedih, kehidupan

Rating IMDb: 8.6/10 ⭐

Rating MyDramaList: 9/10 ⭐

Rating Peribadi: 9.3/10 ⭐

Sinopsis: Aya berumur 15 tahun dan baru melangkah masuk ke sekolah tinggi. Dia sangat rajin membantu keluarganya. Suatu hari dia terlepas tauhu yang dipengangnya dan pada malam hari dia tertumpahkan air pula. Dia tidak berfikir tentang perkara tersebut tetapi ibunya mula mencurigaai sesuatu. Selepas membuat pemeriksaan, dia didapati menghidap penyakit saraf yang tidak boleh sembuh dan boleh membawa kematian. Perlahan-lahan kehidupanya mula berubah dan dia tetap perlu berusaha untuk teruskan hidup.

Ulasan: Saya tahu sinopsisnya kedengaran biasa saja. Namun ini merupakan drama kegemaran saya setakat ini. Drama ini diambil dari kisah benar yang tertulis dalam diari milik seorang remaja yang menghidap penyakit yang tiada ubat. Ye, itulah Aya. Cara penyampaian dalam drama ini sangat baik sehingga mampu mengeluarkan air mata penonton sejak dari episod 1 hinga 11(akhir). Memang banjir la, sangat bertepatan dengan tajuk drama ini 1 litre of tears yang membawa maksud 1 liter air mata. Banyak juga pengajaran yang boleh diambil dalam drama ini. Drama ini juga banyak memberi inspirasi kepada penonton untuk berubah menjadi lebih baik. Saya dah cakap ini drama yang paling saya suka, tidak perlu cerita panjang-panjang, memang sangat bagus dan berkualiti. Saya sendiri makan masa berminggu untuk move on dari cerita ni. Sedih tak terkata. Kalau korang pergi cari di internet, top 10 J-drama terbaik sepanjang zaman, 1 litre of tears pasti akan ada juga. Dalam drama ni juga banyak diselitkan dengan apa yang Aya tulis di dalam diarinya.

Sangat digalakan untuk tonton!!!

Tidak salah andai kita terjatuh,
semasa terjatu lihatlah pada langit lalu aku tersenyum.
Aku bersyukur, aku masih hidup.

Ulasan