Shikamaru Hampir Ulangi Kesilapan Hokage Ke-2 (Pengajaran Naruto Part 2)

 



    Kita semua tahu hokage ke-2 iaitu Tobirama Senju adalah hokage yang paling tegas dan anatar hokage yang genius. Kebanyakan hokage adalah sangat baik dan lemah lembut terutamanya Hashirama dan Naruto.

    Sedikit maklumat mengenai Tobirama:

Tobirama adalah adik kepada hokage pertama iaitu Hashirama. Tobirama lebih pintar berbanding Hashirama dan dia juga lebih berhati-hati. Namun kita tahu yang Hashirama lebih kuat berbandaing Tobirama. Cara Hashirama adalah cuba mengubah puak Uchiha dengan lembut supaya mereka menjadi lebih baik manakala Tobirama pula memilih untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mempercayai puak Uchiha.

   

    Puak Uchiha juga merancang pemberontakan terhadap kepimpinan kampung Konoha semasa zaman pemerintahan hokage ke-3 iaitu Hiruzen. Hal ini terjadi kerana mereka rasa seperti puak Uchiha bukan sebahagian dari warga kampung sedangkan puak Uchiha juga memainkan peranan penting dalam membangunkan kampung konoha semasa zaman Hashirama dan Madara.

    Hashirama sendiri selalu berpesan kepada Tobirama supaya bersikap lebih adil terhadap puak Uchiha kerana baginya kelembutan mampu mengekalkan puak Uchiha menjadi baik.

    Semasa 4 hokage terdahulu disoal siasat oleh Sasuke, Orichimaru ada meminta kepada mereka supaya cepat sikit menjawab soalan dari Sasuke kerana mereka sudah tidak mempunyai banyak masa. Mereka tanya la, "kenapa tak banyak masa?". Orichimaru jawab yang dunia shinobi sedang berperang melawan Madara yang telah hidup semula. Hiruzen menyampuk, "cerita tu nanti-nanti boleh, yang penting sekarang kita kena tolong shinobi berperang" tapi Orichimaru menegaskan yang mereka perlu menjawab semua soalan Sasuke sebelum Sasuke menentukan untuk membantu shinobi lain atau musnahkan kampung Konoha.

Hashirama berkata "sebaiknya kita jawab semua soalan Sasuke dulu. Jika kita membiarkannya dalam keadaan tidak puas untuk pergi berperang, semuanya akan sia-sia sahaja. Andai kita menang sekalipun dalam peperangan ini, itu tiada guna kerana Sasuke mungkin akan jadi Madara yang setusnya." 

Hashirama berpendapat, jika dia gagal membimbing Sasuke dengan jujur dan ikhlas sekarang, Sasuke akan terus sesat dan menjadi jahat seperti kawan baiknya, Madara juga.

    Ketegasan Shikamaru sekarang adalah seperti Tobirama manakala keikhlasan Naruto dalam membimbing dan mempercayai Kawaki adalah seperti Hashirama.

  Semuanya berubah di episod 209 apabila Shikamaru berkata yang Kawaki adalah penduduk kampung Konoha. Kata-kata Shikamaru sebenarnya membawa maksud yang sama seperti apa yang Iruka cakap kepada Naruto 20 tahun yang lalu (masa anime) bersamaan 19 tahun lalu masa sebenar iaitu pasa episod pertama Naruto. 



    Pada masa itu Naruto sudah sangat kecewa dengan penduduk kampung kerana dia merasa tiada siapa pun yang mengakuinya sebagai shinobi kampung Konoha sebaliknya semua orang memulaukannya dan mengelarnya jelmaan rubah ekor 9. Jadi Naruto dipergunakan oleh Mizuki untuk untuk mencuri scrol larangan. Ketika Iruka cuba menghalang, Mizuki berkata yang Naruto adalah jelmaan rubah ekor 9. Kemudia Iruka berkata, "Naruto tu lain dari lain. Aku tahu sebab dia murid aku. Dia bukan jelmaan rubah ekor 9, dia adalah Uzumaki Naruto dari kampung Konoha."

    Kata-kata Iruka telah membuat Naruto ubah fikiran dan menyelamatkan Iruka. Ada juga peminat yang berkata Naruto akan menjadi jahat jika Iruka tidak berkata seperti itu😂. Situasi ini mempunyai sedikit persamaan dengan Kawaki yang telah diakui oleh Shikamru sebagai penduduk kampung Konoha.

Ulasan