Boruto Akan Dikecam Dan Dihalau, Lebih Sedih Berbanding Naruto | Trend Masa Kini



Dalam episod 219 ada beberapa babak tambahan yang tiada dalam manga. Sebenarnya sejak perlawanan dengan Ishiki pihak studio telah melakukan yang terbaik untuk menambah perasaan dalam animasi tersebut. Memang sampai betul perasaan sedih masa Kurama mati. 

Untuk episod 219, ada babak dimana Boruto ditanya oleh wartawan tentang kejadian semasa berlawan dengan Osutsuki. Beberapa pertanyaan wartawan itu membuatkan Katasuke tidak senang dan terus berkata bahawa Borutolah yang menjadi hero dalam perlawanan tersebut. Tanpa Boruto, pasti mereka akan kalah. Mendengar kenyataan itu, wartawan terus serbu Boruto dan Boruto terpaksa mengiakan sahaja kerana pemimpin tertinggi Konoha memang nak rahsiakan kejadian yang berlaku dari penduduk kampung.

    Boruto sampai masuk tv dan diangkat menjadi hero oleh media. Sebelum tu, Naruto dah pesan supaya Boruto tidak terlalu menonjol. Semasa dia masuk tv, macam biasa kawan-kawanya juga tumpang gembira sambil mengatanya tapi tidak Sumire. Dia sorang je yang tak nampak Boruto macam ok dan sedang berpura-pura senyum. Ye la, peristiwa karma ditanam pada Boruto belum lama lagi, dan Boruto sudah 80% Osutsuki di mana mungkin beberapa minggu je lagi Boruto akan mati. 

Siapa yang tak takut kan.

Apa yang saya nak tekankan dalam episod ini adalah kata-kata dari Mitsuki kepada Boruto. Dia kata "perasaan manusia boleh berubah secara drastik. Semakin tinggi seorang wira itu dipuji, semakin teruk akibatnya jika dia gagal." Boruto pun balas, "begitukah jadi selebriti?"

    Berdasarkan perbualan tersebut, saya menyangka suatu hari nanti kebenaran akan terungkap juka. Pada ketika itu, pastinya Boruto akan dikecam dan dihalau keluar dari kampung dan tidak mustahil jika penduduk kampung mengesanya supaya dibunuh. Jika hal ini terjadi memang tidak hairanlah Boruto remaja yang ditunjukan dalam episod 1 dulu terlihat sangat matang dan seperti telah melalui belbagai kesengsaraan di dunia.

    Teori pada kali ini tidak banyak merujuk kepada peristiwa yang berlakukan dalam anime Boruto mahupun Naruto. Saya rasa yang kejadian itu akan berlaku kerana mengambil keadaan semasa dimana apa yang dikatakan oleh Mitsuki itu merupakan perkara yang sudah sering berlaku di dunia nyata. Kita tahu walaupun anime Naruto dan Boruto ini merupakan cerita fantasi yang tidak berlaku di dunia nyata namun mesej yang disampaikan dalam cerita ini adalah sangat berguna untuk dijadikan iktibar di dunia nyata.

    Selain itu, saya juga merujuk dari beberapa karya fiksyen lain yang juga menggangkat isu yang sama sperti ini. Jika korang peminat cerita superhero, pastinya korang sudah menonton movie Spider-man far from home. Dalam movie tersebut ada memaparkan Spiderman yang pada mulanya menjadi hero mengalahkan raksasa misteri itu bertukar menjadi seorang yang dihina dan dikecam di mana sahaja kerana dia difitnah membunuh Misterio yang merupakan superhero yang berkerjasama denganya pada ketika itu. Padahal Misteriolah dalang di sebalik serangan yang berlaku itu. Dalam trailer movie terbaru Spiderman, ada ditunjukan situasi Peter dikecam orang ramai.

    Kalau korang layan drama Korea pula, korang mesti dah tengok Mouse, antara drama yang popular tahun ini. Ba-Reum diangkan menjadi wira dan digelar anak kebangsaan kerana telah berlawan dengan pembunuh bersiri 1 lawan 1 sehingga mengalami kecederaan yang seruis. Usaha Ba-Reum sangat dihargai kerana Mo-Chi berjaya membunuh pembunuh itu kerana usaha Ba-Reum. Kemana sahaja dia pergi, dia sentiasa dipuji. Apabila kebenaran terungkap, yang sebenarnya Ba-Reumlah pembunuh bersiri itu, memang teruk dia dihina walaupun ketika itu dia sudah berubah.

Ulasan