Baru-baru Netflix telah mengumumkan barisan pelakon watak utama live action one piece. Namun ramai dikalangan peminat anime mula menunjukan rasa tidak berpuas hati kerana para pelakon itu bukanlah orang-orang Jepun. Live action one piece belum ditayangkan lagi, jadi sebenarnya masih terlalu awal untuk kita menilai ceritanya best atau tak.
Kalau nak juga buat tanggapan atau ramalan awal, kita perlulah membuat sedikit kajian tetang ciri-ciri live action yang best dan yang sebaliknya. Bagi menyelesaikan masalah ini, mari kita buka semula buku sejarah live action yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Ramai orang beranggapan asal usul pelakon adalah sangat penting bagi melakonkan suatu watak itu. Betul tapi yang sebenarnya kita perlu lihat dulu bangsa watak itu sendiri. Sebab utama kegagalan Dragon Ball Evolution adalah kerana movie tersebut dilakonkan oleh orang barat segaligus telah mengubah budaya dalam dragon ball dimana versi animenya, mereka menunjukan budaya Jepun.
Selain dari budaya, saya berpendapat penampilan pelakon itu sendiri juga sangat penting. Kalau tengok live action anohan, warna rambut Mena bewarna hitam sedangkan dalam anime bewarna putih. Ini sebenarnya cara pengolahan yang betul kerana jika rambutnya dikekalkan warna putih, dia akan kelihatan seperti kosplay dan memang akan rasa pelik sikit bila tengok. Selain anohana, live action orange juga menggunakan warna rambut hitam dan perang sahaja di mana ia kelihatan lebih sesuai dengan orang asia. Watak Misa dalam live action death note juga dibuat berambut hitam walaupun dalam anime rambutnya bewarna kuning. Begitu juga watak Kaori dari live action you lie in April dan banyak lagi live action yang lain.
Contoh live action yang mengekalkan warna rambut pula ialah nisekoi live action. Watak Chitoge kelihatan agak pelik kerana berambut kunig seakan putih. Dalam anime kita tahu dia sudah lama duduk di luar negara tapi sepatutnya tidak salah jika dia berambut hitam dalam live action. Walaubagaimanapun, live action nisekoi best. Seorang watak yang ada warna rambut yang lain dari lain tidaklah memberi kesan yang ketara terhadap jalan cerita.
Kita tengok pula live action yang banya pakai cgi. Bleach live action bagi saya ada jalan cerita yang boleh tahan tapi watak penjahatnya memangt tidak berapa cantik kerana penggunaan kesan khas yang tidak berapa baik. Lebih kelihatan ketara lagi, live action assasination classroom. Watak Kuro sensei memang nampak sangat pelik😂
Jadi hipotesis awal kita, budaya, penampilan dan cgi. Jom tengok contoh live action yang berjaya dan menepati semua kateria ini.
1. Re-life
2. Ruroni Kenshin
3. Anohana
4. Death Note (Japan)
5.You Lie In April
6. Orange
7. Detective Conan
8. korang tambah lah sendiri😂
Sekarang, adakah live action one piece bakal gagal?
Walaupun one piece adalah buatan Jepun, namun watak-watak dalam one piece itu sebenarnya datang dari pelbagai negara. Hanya Zoro sahaja orang Jepun. Jadi pemilihan pelakon live action yang dari pelbagai negara memang nampak menarik sebenarnya. Cuma memang kalau kita tengok one piece tu, ada identiti Jepun walaupun mereka bukan orang Jepun. Mungkit sedikit-sebanyak diopengaruhi oleh penulisnya jugalah sebab dia orang Jepun.
Selain one piece, cerita apa lagi yang watak-wataknya datang dari pelbagai negara? Avatar. Dalam avatar, memang negaranya tidak sama macam negara dalam dunia realiti, tapi kita boleh nambak bangsa apa yang sesusai dengan watak-watak dalam avatar tu. Contoh yang paling mudah, Earth Kingdom, orang-orang puak tanah kelihatan seperti berbangsa Cina. Kutub Selatan dan Kurub Utara pula sesuai dilakonkan oleh orang barat. Fire Nation pula sesuai dilakonkan oleh orang Jepun. Kita boleh nampak gaya rambut mereka seperti orang Jepun. Air Nomads pula berpenampilan seperti sami. Kalau tengok cerita luar negara, biasanya sami berbangsa Cina ataupun India.
Ada juga anime lain yang tidak menggunakan watak Jepun. Contohnya attack on titan dan vinland saga. Memang jelas mereka tidak kelihatan seperi orang Jepun. Berbeza dengan one piece yang kelihatan seperti orang Jepun walaupun mereka bukan orang Jepun.
Ulasan
Catat Ulasan