Perkembangan Terkini Big 3 Malaysia | Silat, Melaka, Gasing

 


    Pada tahun 2019, ketiga-tiga animasi besar Malaysia telah memberi kejutan luar biasa dengan berjaya pecah rekod sebagai filem animasi palin banyak kutipan ketika ditayangkan di Malaysia. Bermula dengan Upin&Ipin kemudia rekodnya dipecahkan semula oleh Boboiboy dan kemudia Ejen Ali pula. Memang gempak la masa tu.

    Sekarang, 3 studio animasi besar Malaysia mula menggasanas semula. Kita mula dari yang paling tua iaitu Les' Copaque. Sebenarnya sudah lama, Les Copaque menjalinkan hubungan dengan Tsuburaya Productions. Pada tahun 2014, mereka telah bekerjasama menghasilkan 1 ultraman baru iaitu Ultraman Ribut. Ultraman Ribut ini telah muncul dalam bentuk animasi dalam siri Upin&Ipin dengan menggunakan seni pertarungan silat menentang raksasa pada ketika itu. Pada tahun 2015, sekali lagi Ultraman Ribut ini muncul dalam siri Upin & Ipin.

    Tahun 2019, Tsuburaya pula mengumumkan kemunculan Ultraman Ribut dalam mini siri live action ultra galaxy fight new generation heroes bersama dengan para ultraman yang lain. Masa tu memang hype la bila tahu Ribut tu canon dalam siri ultraman. Tambah lahi watak Ultraman Ribut itu dibuat sangat kuat dengan menggunakan seni mempertahankan diri silat. Dia juga memainkan peranan penting dalam siri tersebut. Selepas itu dia turut muncul dalam mini siri ultra galaxy fight the absolute conspiracy. Kali ini lebih meriah kerana ada lebih ramai ultraman. Paling terbaru, kemunculanya dalam siri Ultraman Trigger. Kali ini gaya pertarungan menggunakan silat itu ditunjuk dengan lebih banyak.


    Masuk kepada studio seterusnya, Animonsta. Selepas selesai Boboiboy the movie 2, Animonsta mengumumkan cerita baru yang merupakan prekuel kepada siri Boboiboy iaitu Mechamato. Pada mulanya mereka ingin mengeluarkan movie dahulu, namun disebabkan kekangan, sirinya akan keluar dahulu. Mereka telah mengumumkan yang siri ini akan disiarkan eksklusif di cartoon Network. Memang terbaiklah. Dapat tunjukan pada nefara lain, inilah kualiti animasi dari Malaysia. Latar tempat untuk Mechamato ini juga di Bandar Hilir Melaka. Dapatlah promosikan salah 1 tempat pelancongan di Malaysia.

    Studio yang ke-3 pula ialah Wau Animation. Mereka telah mengumumkan Ejen Ali musim ke-3 akan disiarkan pada tahun hadapan. Ejen Ali akan disiarkan secara eksklusif di Desney+. Jadi mereka di luar negara juga dapat menonton Ejen Ali yang kita tahu sangat berkualiti dari segi teknikal dan jalan cerita. Selepas Ejen Ali The Movie, Ali tidak lagi menggunakan Iris dan kelihatan dalam poster musim ke-3 Ali akan menggukan gasing tradisional. Senjata ini juga dapat menunjukan kepada dunia, inilah salah 1 permainan tradisional di Malaysia. 

Tahniah Les' Copaque kerana berjaya menunjukan silat pada dunia.
Tahniah Animonsta kerana berjaya mempromosikan Melaka pada dunia.
Tahniah Wau Animation kerana berjaya memperkenalkan permainan tradisional pada dunia.


Ulasan