Mesti ramai yang tahu, Skop Production mengeluarkan sebuah siri kepolisan yang baru menggantikan Gerak khas yang sudah sangat lama berada di kaca tv tempatan. Drama kepolisan yang baru ini masih menggunakan nama Gerak Khas dan mengekalkan beberapa pelakon lama serta membawa kembali pelakon Gerak Khas suatu ketika dahulu iaitu Dato' Ac Mizal sebagai Mazlan.
Siri kali ini berada di peringkat yang berbeza berbanding siri Gerak Khas yang sebelum ini di mana biasanya 1 kes boleh diselesaikan dalam 1 atau 2 episod. Untuk Undercover ini sudah mencapai 5 episod dan masih belum selesai kes Tony Bono.
Walaupun aura Gerak Khas masih ada, namun siri ini ada sedikit kelainan yang membuat penonton lebih tertarik untuk menonton walaupun sebahagian besarnya sudah bosan dengan kes dan plot siri Gerak Khas yang sebelum ini.
Insha Allah saya akan membuat ulasan penuh apabila musim pertamanya habis nanti. Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi beberapa teori yang saya dapat semasa menonton siri ini.Saya yakin akan ada sekurang-kurang 1 plot twist dalam siri ini memandangkan penulisnya adalah Syafiq Yusof yang telah menghasilkan banyak filem berkualiti dengan plot twist yang tidak dijangkan.
Semasa episod 4, saya menemui 2 teori yang menarik. Dari awal kita sudah ditunjukan watak Sherry selalu cuba memerhati apa tindakan Tony. Sudah terang memang dia undercover. Sorang lagi yang kelihatan mencurigakan ialah Malik. Dia juga kelihatan seperti undercover dan saya lebinh menyangka dialah punca polis tahu pergerakan perniagaan Tony. Berbeza pula dengan Sherry, saya berteori dia adalah undercover dari musuh Tony,
Semasa saya ingin menulis teori ini minggu lepas. saya terjunpa salah 1 poster Gerak Khas yang memaparkan gambar Sherry sebagai INSP. Elly. Maka terbatallah teori itu dan sudahpun dinafikan oleh episod 5 Gerak Khas Undercover. Teory saya mengenai Malik masih sama bahawa dia undercover yang hanya beberapa orang angota polis sahaja yang tahu.
Teori baru yang saya dapat dari episod 5 adalah punca penyamaran Elly terbongkar disebabkan ada polis yang mengambil rasuah dari kawan-kawan Tony. Polis tersebut adalah polis berbangsa Cina yang bertanya kepada Lim macam-macam mengenai Tony Bono. Dia juga mendengar perbualan Jaz bersama Zamri mengenai Elly dengan riak muka yang gembira.
Cuma saya rasa teori ini terlalu mudah untuk dijangka. Saya harap akan ada plot twist yang lebih besar diakhir cerita nanti. Apa-apapun kita tunggu episod 6 Jumaat ini. Saya sangat yakin bahawa Malik juga adalah undercover.
Ulasan
Catat Ulasan