Suspek pertama: Faizal, 28, duda tiada anak
Suspek ke-2: Qayum, 22
Suspek ke-3: Ali
siapakah perogol yang sebenar antara mereka?
Sebenarnya tidak semestinya mereka kerana ini hanyalah andaian salah seorang mangsa. Suspek uatama mereka sekarang ini ialah qayyum kerana dia banyak kali pandang-pandang maangsa semasa id kedai burger. Saya tidak rasa Qayyum penjenayah yang sebenar. Jika dilihat pada umurnya yang baru 22 tahun dengan dia ada latar belakang pendidikan agama yang baik, dia tidak akan berubah dengan secepat itu. Betul, manusia boleh berubah tapi ia akan mengambil masa. Bukti yang seterusnya adalah dia baru sahaja mula terjebak dengan pornogrphy. Maksudnya sebelum ini dia tiada apa-apa masalah yang berkaitan seksual lagi. Memang pornography membawa kesan negatif dan menjadi penggalak untuk penontonya mencuba sendiri. Namun, Qayyum mula terjebak dengan masalah ini selepas 2 kejadian rogol itu berlaku.
Kawanya yang mengajak menonton pornography itu mungkin kita boleh jadikanya suspek kerana dia sudah lama terjepak dengan pengaruh negatif ini. Saya sebenarnya tidak berapa yakin dengan dia kerana fizikalnya kelihatan berbeza dangn susuk tubuh perogol yang diperlihatkan dari belakang itu. Perogol itu kelihatan seperti sedikit tinggi berbandingya. Namun, ini hanyalah bukti yang tidak kukuh kerana mungkin saja saya tersalah pandang atau kesan dari sudut kamera.
Saya lebih menyangka kalau penjenayah yang sebenar bukan dalam kalangan mereka bertiga. Mungkin penjenayah itu adalah orang yang berada hampir dengan gerai mereka dan sentiasa memerhati dari jauh. Saya juga tidak menolak kemungkinan kalau Faizal ialah penjenayah yang kita cari selama ini.
Semua ini adalah teori saya semasa menonton. Semasa menulis teori ini saya menemui sesuatu yang kita boleh jadikan sebagai bukti yang sangat kukuh, siapakah perogol yang sebenar. Kita dapat lihat kasut yang dipakai oleh Ali kelihatan sangat mirip dengan kasut yang dipakai oleh perogol tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan