Kisahnya berlaku di sebuah daerah hiburan. Di situ tinggal seorang budak lelaki bersama ibunya. Budak lelaki itu bermama Gyutaro. Sejak dari lahir lagi, dia selalu dipukul oleh ibunya. Orang² di sana pada waktu itu menganggap anak-anak sebagai bebanan dalam kehidupan. Ye la, nak kene jaga, bagi makan lagi. Kalau tak, mati la kan. Nak cari duit untuk makan sendiri pun dah susah, inikah pula nak bagi budak-budak makan.
Gyutaro pula seumpama tiada semangat untuk berusaha. Orang-orang di sekelilingnya pun membencinya. Sampailah suatu hari Ume iaitu adik kepada Gyutaro lahir. Adik dia ni dari lahir memang dah cantik. Orang-orang di sana mula memandang tinggi mereka kerana kecantikannya. Ye la, di sana nilai perempuan ditentukan melalui kecantikan. Jika cantik, dia boleh jadi oiran yang berjaya tapi jika tidak cantik, dia seolah-olah tidak berguna. Gyutaro mula mendapat keyakinan dan dia sedar rupanya dia pandai berlawan. Jadi dia pun menjadi tukang kutip hutang yang sangat menakutkan manakala adiknya pula mula menjadi oiran.
Suatu hari, dia pulang dari kerja dan dia terkejut melihat adiknya telah hangus terbakar tetapi masih lagi hidup. Dia terus menyerang 2 orang yang bertanggungjawab keatas kejadian itu disitu juga. Dia terus mengendong adiknya dan berjalan meminta bantuan. Namun tiada siapa yang sudi menolong. Sampai mereka terserempak dengan oni yang sedang makan manusia. Oni itu memberi tawaran kepada Gyutaro supaya dia dan adiknya berubah menjadi oni juga supaya dapat terus hidup selamanya selagi tidak dipenggal kepalanya atau terkena cahaya matahari. Gyutaro pun menerima tawaran tersebut.
Kisah ini mempunyai banyak persamaan dengan kisah Tanjiro dan Nezuko. Ketika Tanjiro baru pulang dari pekan, dia nampak seluruh ahli keluarganya telah mati dimakan oni kecuali Nezuko sahaja tetapi Nezuko telah berubah menjadi oni juga. Tanjiro terus mengendong Nezuko untuk mendapatkan bantuan. Untungnya Tanjiro bertemu dengan Tomioka.
Dalam kisah ini kita dapat belajar, manusia tak pernah layak untuk menilai hati orang lain. Hanya boleh membezakan perbuatan yang baik atau buruk. Mungkin apa yang mereka dengar, rasa dan laui tidak sama dengan kita. Mungkin mereka bertemu dengan orang jahat sedangkan kita bertemu dengan orang baik. Alhamdulillah kita dikelilingi orang-orang yang baik dan sentiasa mendorong dan menasihati kita supaya jadi lebih baik. Ada orang yang dilahirkan di tempat yang penuh dengan maksiat dan mereka juga sentiasa didorong dan diajak untuk melakukan kejahatan.
Selain itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada semua orang tidak kira siapa pun mereka. Tidak kira mereka baik ataupun jahat, kaya atau miskin dan sebagainya. Mungkin sedikit pertolongan kita mampu mengubah nasib hidupnya. Contohnya, watak Gyutaro yang mengendong adiknya sambil meminta pertolongan tidak dihiraukan oleh seorang pun manusia di sana. Akhirnya, oni yy jahat yang memberi pertolongan yang salah. Contoh lain, Tomioka membantu Tanjiro dan Nezuko walaupun dia tidak mengenali mereka pun pada ketika itu dan Nezuko juga kelihatan sangat bahaya. Kesannya Tanjiro dan Nezuko menjadi pahlawan yang telah menyelamatkan nyawa ramai orang.
Ulasan
Catat Ulasan