Multiverse Cicakman | Jangan Mengarut

 


Selepas filem Spider-Man no way home ditayangkan, banyak superhero lain yang mempunyai banyak versi mula jadi sebutan untuk mempunyai movie multiverse seperti spiderman juga.

    Tidak ketinggalan, movie superhero dari Malaysia, cicakman turut jadi topik perbincangan. Peminat ingin melihat 2 versi cicakman bertemu dalam 1 movie multiverse. Sebenarnya konsep multiverse tidak perlu digunakan untuk mempertemukan 2 cicakman kerana mereka berada dalam universe yang sama. Mereka bukanlah orang yang sama. Cicakman pertama ialah Hairi manakala cicakman ke-2 ialah Man. Man merupakan cicakman baru yang menjadi penerus kepada cicakman Hairi. Berbeza dengan spiderman, dimana ketiga-tiga spiderman ialah Peter Parker yang hidup di universe yang berbeza.

    Namun, untuk melihat 2 cicakman berlawan bersama seakan mustahil kerana cicakman Hairi mungkin sudah sangat tua atau mungkin juga sudah mati. Buktinya, Man sudah meminati cicakman sejak dia masih kecil. Itu bermakna, cicakman Hairi tidak muncul ketika Man sudah besar. Paling lewat kemunculan pertamanya mungkin semasa Man masih kecil dan mungkin juga sejak Man belum lahir.

    Jika mereka bertemu, mungkin Hairi hanya datang sebagai orang tua yang memberi nasihat kepada Man ketika Man berasa susah menjalani kehidupan sebagai superhero. Mungkin Man pergi duduk sorang-sorang bawah tugu cicakman ke, sebab terlalu sedih atau kecewa. Tiba-tiba muncul orang tua dan berkata "kuasa yang besar datang bersama tanggungjawab yang besar" eh tu uncle Ben punya quote😂 tapi lebih kurang gitu la nasihat yang Hairi boleh bagi. Lagipun Hairi tahu identiti cicakman baru sebab Man sudah bagitahu orang ramai. Cuma identiti cicakman Hairi tiada siapalah yang tahu. 

    Mungkin ada yang tidak puas kerana nak tengok mereka berlawan bersama dan swing bersama. Cara untuk mewujudkan peristiwa seperti itu adalah dengan menggunakan time travel. Seperti dalam movie avengers endgame, diorang pergi ke masa lalu untuk dapatkan infiniti stone. Kita dapat tengok 2 Captain America berlawan😂 Mungkin cicakman berhadapan dengan musuh yang terlalu kuat keranan mereka telah memulakan gerakan sejak 30 tahun lalu. Jadi untuk menghentikanya, Man perlu kembali ke 30 tahun lalu dan menghentikan mereka sebelum mereka menjadi lebih kuat. Pada masa itu Man dan Hairi pun bertemu dan mereka bekerjasama untuk mengalahkan musuh ketika itu.

    Itu sahajalah cara untuk mempertemukan 2 cicakman dalam 1 movie.

Ulasan