Kisah Pemotong Kayu Dan Kapak Emas

 Siapa dah tonton anime Teasing Master Takagi-san season 3?

Terus terang saya cakap, ini bukan anime yang boleh dipandang rendah.

Dalam eoisod 1 teasing master Takagi-san season 3, Nishikata ada bermimpi pasal Takagi. Dia dah termimpi-mimpi tu tapi masih tak mengaku suka Takagi😂 Anatar peristiwa yang dia mimpi ialah sebuah cerita dongeng. Cerita itu bertajuk Pemotong kayu yang jujur dan kapak emas.

    Di sebuah kampung, tinggal seorang pemuda bersama ibunya. Pemuda ini ialah orang yang sangat jujur. Dia merupakan seorang tukang kayu di kampung itu. Jadi dia selalu pergi ke hutan untuk mendapatkan kayu. 

    Suatu hari, dia berada berhampiran dengan tasik atau ada sesetengah yang menulis kolam. Dia terjatuhkan kapaknya ke dalam kolam tersebut. Dia pun menangis di tepi kolam itu kerana hanya itu kapak yang dia miliki dan itulah alatan yang dia gunakan untuk mencari rezeki.

    Tiba-tiba kolam itu berbuih dan bersinar. Lalu keluar penunggu yang berambut putih dari kolam itu. Penunggu itu bertanya kepada pemuda tersebut, "Kenapa kau menangis wahai pemuda?" Pemuda itu pun menjawab, "Saya terjatuhkan kapak saya ke dalam kolam". Penunggu itu pun masuk semula ke dalam air dan keluar sambil memegang kapak emas. Penunggu itu pun bertanya lagi,"inikah kapak yang kau jatuhkan?". Pemuda itu menjawab " bukan, kapak yang mahal seperti itu tidak mampu saya beli."

    Penunggu itu pun masuk semula ke dalam air dan kemudia keluar bersama kapak perak. Dia bertanya lagi kepada pemuda tersebut "Adakah ini kapak yang kau jatuhkan?" Pemuda itu menjawab "tidak, kapak ini pun mahal dan tidak mampu saya miliki". Penunggu itu masuk semula ke dalam air lalu keluar bersama kapak besi yang dijatuhkan oleh pemuda itu. Dia bertanya dengan soalan yang sama dan pemuda itu mengakui bahawa kapak besi itulah yang dia jatuhkan. 

    Penunggu itu berkata, "Kau seorang yang jujur. Ambilah sekali kapak emas dan perak ini sebagai hadiah kerana jujur. Hidup pemuda itu menjadi lebih senang sejak kejadian itu.

    Tidak lama selepas itu, ada seoarang tukang kayu lain yang juga tinggal di kampung itu berasa cemburu dengan rezeki yang dikurniakan kepada pemuda tadi. Dia pun pergi juga ke kolam/tasik itu untuk mendapatkan kapak emas dan perak juga. Dia pun mencmpakan kapaknya ke dalam air. Penunggu itu pun keluar dan bertanya apa yang berlaku kepada lelaki itu. Dia pun menjawab yang kapaknya terjatuh ke dalam air. Penunggu itu pun masuk semula ke dalam air lalu membawa kapak emas dan perak. Dia pun bertanya kepada lelaki itu, "adakah ini kapak yang kau teratuhkan?". Lelaki itu menjawab "ya". Penunggu itu pun terus berkata "kau ialah seorang yang tidak jujur, aku tidak akan memberikan semula kapak yang kau jatuhkan". Lelaki itu pun menyesal kerana menipu.

    Pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini ialah kita mestilah sentiasa jujur dalam melakukan apa-apa pun perkara.

Ulasan

Catat Ulasan